Dalam Sidang Media Khas beliau pada 22 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut betapa perincian Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong beliau akan beliau persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ayat-ayat spesifik yang beliau gunakan dalam Sidang Media Khas ini ialah “Agong should be the first person to be informed of the details” dan “sepatutnya perkara yang terperinci ini harus dimaklumkan kepada Tuanku Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu”.
Dalam Sidang Media Khas beliau pada 22 September ini juga, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut betapa perincian Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong beliau akan beliau dedahkan kepada pengetahuan rakyat jelata selepas beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong dan persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong perincian ini.
Ayat spesifik yang beliau gunakan dalam Sidang Media Khas ini ialah “details will only be said after an audience with the King”.
Maka hari ini, bila Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadap Yang di-Pertuan Agong, seperti ramai kawan-kawan yang lain, saya juga menunggu Sidang Media Khas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini kerana berpegang kepada janji yang beliau buat dalam Sidang Media Khas beliau pada 22 September bahawa beliau akan dedahkan kepada pengetahuan rakyat jelata perincian Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong beliau selepas beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Tetapi rupa-rupanya janji ini tidak ditepati malah dicapati terus.
Kamarul Yusoff