Saya Sudah 2 Penggal

Saya Sudah 2 Penggal

YB Dato’ Tengku Hassan bin Tengku Omar berkata hari ini bahawa beliau telah 2 penggal diamanahkan menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri Ladang.

“2 penggal dulu saya menjadi jadi wakil rakyat pembangkang. Peruntukan tak ada.

“Kalau rakyat datang dan mengadu masalah, saya amat sedih dan menangis dalam hati sebab tak ada duit hendak tolong,” kata Tengku Hassan.

“Kalau Muslimat datang minta duit, saya minta mereka minta dari isteri saya. Nasib baik isteri saya banyak membantu,” tambah Tengku Hassan lagi.

Beliau berkata pada masa itu gaji wakil rakyat kecil.

Saya malu untuk memberitahu, tetapi kebanyakan gaji habis untuk rakyat je, termasuk wang pencen, katanya.

“Sekarang ini, Alhamdulillah Allah telah memberi saya menjadi wakil rakyat kerajaan, adalah pitih untuk belanja, bantu rakyat, baiki rumah, bina jalan, bina longkang dan menyalurkan bantuan bulanan untuk orang miskin dan memerlukan di DUN Ladang.

“Kita juga mampu untuk menyumbangkan barangan seperti mesin basuh, peti sejuk, oven, mesin tebu, dan macam-macam lagi yang kita boleh menolong rakyat, kata Tengku Hassan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah Dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri Terengganu.

Beliau juga berharap agar rakyat tidak merasa malu untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi.

“Insya Allah kalau boleh kita bantu, kita akan bantu, kalau tak cukup duit kita carilah dinama sekalipun. Duit gaji ke.

“Ini sajalah bekalan yang boleh di bawa kalau mati. Harta bukan boleh bawa mati,” katanya lagi.

Beliau juga menasihati semua agar jangan rasa sayang dengan harta atau sayang untuk bersedekah.

Bersedekahlah sementara kita masih hidup dan berdoalah untuk saya semoga mati dalam Husnulkhotimah, aameen.

Semenjak menjadi wakil rakyat, Dato’ Tengku Hassan sering kali dilihat turun pada untuk meninjau sendiri keadaan rakyat dan membantu mereka.

Ada kalanya Tengku Hassan dilihat menunggang sebuah basikal elektrik memasuki lorong-lorong di celah-celah kampung untuk melihat keadaan rakyat di DUN Ladang.

Dalam Negeri Terengganu