Apabila UMNO berpecah kepada PPBM oleh Mahathir, PH pun menang PRU 14.
Sekarang PPBM kembali bersama UMNO dan PAS pun bersama UMNO.
DAP nampak PH akan jadi “punah harapan”.
Rafizi dan Saifuddin sedang memerah otak untuk pecahkan muafakat UMNO – PAS – PPBM.
Kalau tidak pecah, memang amat sukar untuk PH menang.
Dahulu cipta fitnah RM90 juta dan berjaya pancing segelintir orang UMNO dan PAS untuk mengundi PH.
Lepas itu cipta INVOKE, ramal konon PAS tidak menang satu kerusi pun dalam PRU 14, supaya rakyat percaya dan tidak mengundi parti yang dijangka kalah.
Tetapi, keputusan PRU 14 menunjukkan sama ada INVOKE menipu atau INVOKE bodoh sebab PAS menang 18 kerusi parlimen dan 90 kerusi DUN.
Strateji PH ini tidak berjaya.
Dan geng inilah juga yang memfitnah DSKI sampai hilang jawatan MB.
Komplot ini dikira berjaya tetapi sebenarnya “backfire”.
Fitnah adalah senjata PH.
Hendak jatuhkan DSKI guna fitnah.
Hendak jatuhkan Najib guna isu 1MDB, hendak jatuhkan PAS pun guna fitnah RM 90 juta..
Hendak jatuhkan Muhyiddin, hendak guna senjata fitnah juga ke?
Macam sudah faham sangat strateji Rafizi dan yang sewaktu dengannya.
Mungkin strateji pertama Rafizi dan geng ialah pecahkan UMNO dengan menawarkan pemimpin UMNO yang bermasalah dengan “janji”.
PH perlu rampas balik kerajaan dengan cara undi tidak percaya kepada Muhyiddin kerana ini lebih senang untuk berkuasa daripada menang dalam PRU 15.
Kalau “polikatak-polikatak” tidak jadi melompat atas sesuatu sebab, maka plan pertama Rafizi dan geng dikira gagal.
Anwar akan meminta maaf dengan Agung kalau ada yang tarik diri.
Kalau pun Anwar berjaya kumpul majoriti hari ini, Muhyiddin mungkin akan bubarkan parlimen.
Anwar mungkin protes kerana dinafikan hak mereka.
Saluran Yahudi dan Amerika akan digunakan untuk menekan Muhyiddin dan mungkin juga Agung.
Hendak protes di jalanan tidak boleh kerana musim covid dan perintah berkurung akan bermula esok.
Jadi mungkin beliau membuat petisyen maya supaya Muhyiddin berundur.
Apabila parlimen dibubar juga, pakar strateji PH akan guna taktik lain pula.
Bersedialah wahai rakyat Malaysia, mungkin fitnah yang lebih besar daripada RM90 juta akan dimainkan.
Kita lihat dulu apa yang akan jadi pada fasa pertama hari ini.
Tetapi saya ingin peringatkan kembali pembaca budiman, kata kuncinya ialah “pecahkan UMNO” kalau hendak berkuasa.
Dr Muslim