Allah datangkan virus Corona untuk kita sejenak merenung dan berfikir.
Memberi kita peluang untuk berubah.
Awalnya kita seperti berjaya menyekat penyebaran Covid19 di Malaysia.
Pujian datang dari semua pihak dan negara.
Tetapi kita lupa untuk belajar berubah.
Kita jadi leka dalam selesa membiarkan nafsu sarakah pemimpin parti politik kerana kuasa sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat.
Nasihat KKM supaya PRN ditangguhkan tidak diambil peduli.
Akhirnya Covid19 angka nya meningkat dari dua digit kepada tiga digit.
Kelmarin sekali lagi kita biarkan pemimpin politik memperjudikan nyawa rakyat dengan membawa inspirasi untuk menjadi PM9 dengan bicara “I have the numbers” atau bahasa lainnya dia ada angka tiga digit tapi tiada nama di kemukakan.
Apa akan jadi jika PRU15 terpaksa di adakan atas dasar berpandukan perlembangaan andai kata PM sekarang pula mencadangkan untuk membubarkan Parlimen.
Covid19 tidak akan mengenal mangsa nya.
Kita masih tidak mahu berubah.
Kajian tentang peratusan umat Islam di Malaysia yang solat penuh lima kali sehari cuma 20% dari 18 juta umat Islam di negara ini.
Sepatut nya sewaktu Covid19 ini peratusan nya menjadi 80% umat Islam yang solat tetapi peratusan nya seperti dahulu juga.
Adakah kita hendak salahkan orang lain.
Kita masih tidak mahu berubah.
Kita takut pada virus Corona tetapi kita masih tidak takut jika berlaku kemalangan maut bila memandu di jalan raya.
Jika dahulu lampu isyarat merah pun kita langgar, hari ini pun begitu juga di jalan raya kita tidak berdisplin.
Siapa patut kita salahkan.
Kita masih tidak mahu berubah.
Siapa sangka PAS dan UMNO akan bergabung di dalam PU Perpaduan Ummah.
Berapa banyak air mata gugur mengalir kegembiraan sewaktu pertemuan dua parti terbesar Islam Melayu ini.
Sebelum dan sewaktu Covid19 melanda dengan kejam, selama 22 bulan kita tertekan resah tiada bertepi di bawah kerajaan PH.
Akhirnya Allah beri kesempatan kepada kita untuk mengubah Kerajaan yang memerintah sewaktu itu.
Melalui kebijaksanaan pemimpin PAS dan UMNO kita bergabung dalam PU menjadi MN akhirnya bersama PN.
Kita masih bertelingkah sesama kerana kuasa dan perasaan tidak berpuas hati, musuh sedang memerhati merancang secara diam mengambil kesempatan menyimbah minyak biar bertambah membakar hagus dan melarat.
Persoalan nya masih ada ruang untuk bermesyuarah dan jangan biarkan TGHH dan pimpinan PAS sahaja berlapang dada.
Jika Allah beri kesempatan perpaduan ini kita biarkan terlerai tiada kata yang sesuai untuk mereka yang tidak ingin memperkukuhkan perpaduan ini hanya satu perkataan sahaja “khianat”.
Kerana ada sesama kita mengambil kesempatan untuk mendaki dalam diam tanpa mempedulikan perpaduan ummah dan kepentingan rakyat diutamakan.
Jangan biarkan orang lain mengubah kita mengikut acuan mereka. Kita yang perlu bersama berubah.