Pantai Port Dickson, Tanjung Tuan, Tanjung Keling dan Pengkalan Balak merupakan destinasi pelancongan yang amat sinonim dengan warga pantai barat terutama dari selatan atau kawasan tengah Semenanjung.
Pantai yang banyak kondo, hotel, rumah tumpangan tak pernah sunyi dari pengunjung cuma dari segi kebersihan pantai sangat mengecewakan dengan sampah merata dan kayu hanyut, sedikit mencacatkan pemandangan.
Menjadi perkara biasa makanan yang dibawa akan dihurungi lalat jika terdedah berpunca dari sikap pengunjung yang tak bertanggungjawab, walaupun memang ada disediakan tong sampah.
Baru-baru ini atas inisatif Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah bersama dengan 2 kerajaan negeri membersihkan kawasan pantai.
Kesungguhan KASA menjaga alam sekitar dibawah pimpinan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man amat dihargai.
Kita tak perlu lakonan pemimpin kutip sampah pada waktu berkempen tapi kita perlukan pemimpin yang benar buat kerja walaupun diluar waktu pilihanraya.
Harap selepas ini kebersihan pantai dapat dijaga untuk keselesaan dan keselamatan bersama.
Jadikan Malaysia sejahtera menerusi penjagaan alam sekitar dan dijauhkan dari scamer politik.