Menyoroti Figure Ku Li

Menyoroti Figure Ku Li

Saya pernah menulis pasal Ku Li ketika kemelut Langkah Sheraton dan menyatakan Ku Li layak untuk diangkat menjadi PM.

Namun pergelutan kuasa pasca kerajaan PH bukan lagi persis taktikal pergelutan kuasa dalam UMNO zaman Tunku hingga Tun Hussin Onn, bukan juga persis pergelutan Era Mahathir-Anwar 1998.

Ku Li tersisih daripada pergelutan yang lebih rakus pasca kemasukan DS Anwar ke dalam UMNO.

Kelibat DS Anwar yang sangat popular mengenggelamkan figure hebat Ku Li.

Ku Li dilihat hanya dapat bertahan rekod memenangi Parlimen Gua Musang tanpa kalah, tetapi untuk terjun ke dalam arus politik rakus era pertembungan Mahathir-Anwar, Ku Li bagaikan bersikap tunggu dan lihat.

Jika zaman perbalahan Tunku dengan Tun Razak, Ku Li menjadi pendamai.

Pertembungan Tun Hussin dengan Tun Mahathir, Ku Li jadi pendamai.

Tetapi pertembunagn DS Anwar dan Tun Mahathir, tokoh itu tidak berupaya campurtangan, kerana kedua-dua pihak yang bertembung itu tidak membawa agenda yang beliau mahukan.

Ku Li membawa agenda memperkasa ekonomi orang Melayu, sudah tentu tidak akan berpihak kepada Tun Mahathir yang telahpun menewaskannya dalam pemilihan Presiden UMNO, sehingga berlaku kekalutan seterusnya menyebabkan UMNO diharamkan.

Kelicikan Tun Mahathir menyusun atur dan menyingkirnya secara halus, siapa tidak terasa.

Manakala Ku Li tidak juga berpihak kepada DS Anwar yang membawa cara berpolitik yang tidak sihat pada pandangannya yang boleh merugikan orang Melayu.

Maka Ku Li lebih banyak berdiam diri daripada campurtangan dalam pertembungan kedua-dua gergasi politik UMNO itu – yang kemudian berlaku pemecatan, reformasi, dan sebagainya.

Lama berdiam, hari ini nama Ku Li muncul semula dalam politik negara sejak beberapa hari lalu apabila namanya dipetik untuk masuk menghadap Raja.

Ku Li dikatakan membuat gerakan untuk undi tidak percaya kepada TS Muhyiddin.

Apakah gerakannya itu ada kaitan dengan gerakan DS Anwar yang mencanang majoriti yang strong, formidable dan convincing itu?

Sebenarnya Tidak.

Ku Li masih seperti dahulu, tidak berminat dengan pergerakan DS Anwar samada semasa dalam UMNO mahupun setelah kewujudan PKR dan PH.

Jika ada move besar sekalipun, Ku Li sebenarnya lebih rela berkompromi dengan Tun Mahathir berbanding DS Anwar.

Tetapi jika hanya berkompromi dengan Tun Mahathir, movementnya hanyalah boleh menggagalkan TS Muhyiddin, tetapi tidak akan mampu menangkat PM yang baru.

Majoriti tidak ada.

Mahu tidak mahu, dia mesti libatkan movement DS Anwar.

Dari sudut MN, Ku Li tidak begitu berminat untuk bekerjasama dengan PAS walaupun partinya sudah menandatangani piagam Muafakat Nasional.

Hanya sekadar “OK lah” untuk mengurangkan perbalahan dengan PAS sahaja baginya.

Sebab itu beliau kerap mempertikai tindak-tanduk PAS walaupun sudah membentuk MN.

Sejarah Ku Li, S46 dengan PAS semasa gabungan APU banyak.

Tidak perlu diulas.

Pendirian Ku Li sama pendiriannya dengan Tunku mengenai PAS.

Ketika UMNO diharamkan setelah kemelut pertembungan team Ku Li dan tean Tun Mahathir, Tun Mahathir cepat-cepat secure penyokongnya dengan menubuhkan UMNO BARU.

Manakala Ku Li pula diminta oleh Tunku untuk secure penyokongnya di bawah parti lain, yakni Parti S46 (untuk mengembalikan semangat UMNO yang asal, bukan UMNO baru tajaan Tun Mahathir).

Tujuan Tunku adalah untuk mengelakkan penyokong Ku Li menyertai PAS jika Ku Li tidak memimpin parti baharu.

Tunku berpesan, jika hati Tun Mahathir kembali sejuk. bubarlah S46 dan bawa semua ahlinya ke dalam UMNO (BARU) semula.

Ku Li benar-benar membubarkan S46 setelah 2 kali pilihanraya bersama APU.

Jadi, hubungan Ku Li dan PAS tidaklah baik sangat dari sudut tertentu.

Walaupun begitu, PAS tetap mengiktiraf kredibiliti Ku Li sehingga pernah mencadangkan Ku Li sebagai PM suatu ketika dahulu (konon cerita dalam gelap).

Pergerakan terbaru Ku Li ini mendatangkan spekulasi baharu apabila dua sahabat lama kembali berpadu, Ku Li dan Tun Mahathir – yang suatu ketika dahulu mereka pernah bersahabat dan perpadu, kemudian bertembung akibat kelicikan Tun Mahathir, dan kali ini kembali bertaut.

Jika kerjasama Tun Mahathir-DS Anwar dalam kerajaan PH umpama mengundur masa ke era 1992-1998, kali ini kerjasama Tun Mahathir-Ku Li mungkin mengundur masa ke tahun 1970an hingga akhir 1980an.

Sekian

Dr. Tanaka Mustafa

Isu Semasa