Artikel saya sebelum ini mengambarkan UMNO ini umpama mata keris yang tajam.
Inilah kekuatan UMNO yang diterjemahkan oleh 54 kerusi parlimen dan anggaran 150 kerusi DUN.
PAS pula umpama hulu keris yang kukuh yang mempunyai 18 ahli parliment dan 90 ahli DUN.
Sementara PPBM adalah sarung yang kemas dan dikira pelengkap sebilah keris dengan 12 ahli parlimen dan 22 ahli DUN.
Dengan UMNO sahaja, ia tidak mampu menang PRU 14 walau pun ia terkuat.
Dengan PAS sahaja, ia tidak mampu memerintah Malaysia tetapi mampu tawan 3 negeri.
Dengan PPBM sahaja Muhyiddin tidak mampu jadi PM.
Tetapi kalau UMNO dan PAS bergabung mereka boleh menang 128 ke 160 kerusi parlimen.
Cumanya kalau PPBM ada, kerjanya lebih senang.
Jadinya UMNO, PAS dan PPBM perlu bergabung kalau mahu memerintah dengan majoriti orang Melayu Islam.
Inilah sinergi politik yang terbaik yang boleh terhasil daripada gabungan simbiotik tiga parti Melayu Islam.
Apa jua kombinasi lain seperti UMNO, PKR, DAP, PAN hanya akan menjadi PH kedua.
Ironinya, DAP tetap mahukan agenda mereka yang berlawanan dengan kepentingan Melayu Islam.
Jadinya, kemungkinan besar UMNO akan keluar juga dari PH2.
Akhirnya, kita akan berbalik kepada kemelut yang sama dimana proses jual beli katak-katak politik yang memuakkan rakyat akan berlaku.
Jadi pilihan terbaik ialah UMNO, PAS dan PPBM bersatu sebagai sebilah keris yang sempurna.
Berbincanglah sejujurnya dan berbahagilah kuasa seadilnya mengikut kekuatan masing-masing pada PRU14.
Setelah menang PRU 15 nanti, perkara pertama yang perlu dibuat ialah luluskan akta anti lompat supaya tiada lagi ruang untuk katak-katak politik mencari habuan peribadi.
Katak-katak politik inilah yang menyebab tekanan atau “stress level” dan covid-19 rakyat meningkat.
Dr Muslim