Masalah Undang-Undang Malaysia (Pig Farms in Seberang Perai)

Masalah Undang-Undang Malaysia (Pig Farms in Seberang Perai)

Malaysia mempunyai masalah ‘maintenance’ ataupun penyelenggaraan.

Hari ini ada satu laporan mengenai isu pencemaran sungai di Seberang Perai dari ladang ternakan babi.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dilaporkan membawa pemilik ladang babi ini ke mahkamah untuk pencemaran itu.

Sementara tindakan itu, kerajaan dikatakan perlu menunggu Penang Pig Farming Enactment 2020 yang hanya akan dikuatkuasakan tahun depan untuk mengambil tindakan selanjutnya seperti tindakan menutup ladang yang tidak mengikut standard operating procedure (SOP) yang ditetapkan kerajaan. (1)

Saya tak faham betul.

Ladang semua ada lesen kan?

Kalau ladang tak ikut SOP, lesen boleh ditarik balik dan ladang itu boleh ditutup serta merta.

Nak gunakan cara lebih keras, kerajaan juga boleh rampas balik tanah yang disalahgunakan. (2)

ATAUPUN kerajaan Pulau Pinang sebenarnya nak beritahu kita semua bahawa terdapat ladang yang tidak berlesen dan kerajaan nak bagi saja alasan kenapa tak tutupkan ladang itu?

Dan bila kita baca lebih sikit, ada pula diminta jabatan kerajaan serta IWK untuk menolong menangani masalah ini.

“Antaranya ialah kerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memasang perangkap di longkang agar sisa kumbahan ladang babi tidak langsung memasuki sungai.

Di samping itu, kami juga bekerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuang sisa babi, termasuk mengubahnya untuk digunakan dalam industri biogas. “- Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan Negeri Norlela Ariffin. (1)

Hmmm. Dah macam kes Durian Raub, Halia Bentong dan Kilang Haram Selangor kan?

Semuanya tak dimulakan dengan proses betul dan kerajaan sekarang nak memutihkan benda ni, tetapi terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum pemutihan boleh berlaku.

Masalah teknikal ini semua tak fikir sebab tak ada perancangan.

Perancangan akan memaksa kerajaan buat EIA report, dan EIA report yang dibuat cara betul akan memberitahu pihak berkuasa impak sesuatu projek kepada alam sekitar serta kos untuk segala program mitigasi yang diperlukan.

Perbincangan masalah negara kita juga tak jujur.

Semuanya takut nak bincangkan secara telus sebab semua ada kepentingan peribadi.

Pening kan, bagaimana politik menjejaskan cara kerajaan kita berfungsi?

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. Total of 26 pig farms in Penang found dumping sewage directly into river, state assembly told – https://www.malaymail.com/…/total-of-26-pig…/1913121
  2. Johor govt to confiscate private land used as illegal dumpsites – https://m.malaysiakini.com/news/543247
Dalam Negeri