Menteri PAS Terus Berkerja Walau Ramai MP Yang Kejar Kuasa

Menteri PAS Terus Berkerja Walau Ramai MP Yang Kejar Kuasa

Tindakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengantung lesen kilang sawit yang menyebabkan limpahan sisa kilang hingga menyebabkan penutupan loji Air Semberung Timur amat dihargai, tindakan pantas ini boleh menghalang kerugian lebih besar terhadap rakyat Johor terutama di daerah Kluang.

Sangat berbeza dengan Menteri Alam Sekitar dahulu yang menyebabkan huru hara besar di Pasir Gudang akibat lambat bertindak terhadap pencemaran Sungai Kong Kong.

Tindakan menggantung lesen kilang sebagai langkah pertama memang cukup baik tapi alangkah baik nya jika kilang tersebut dipindahkan atau ditutup terus kerana terlalu hampir dengan loji.

Pencemaran bau yang terpaksa dihadapi penduduk sekitar juga mesti dipandang serius, sudah begitu lama mereka menderita dengan pencemaran tersebut.

Kilang yang beroperasi berdekatan kawasan penempatan penduduk serta loji rawatan air sangat tidak munasabah dibiarkan terus beroperasi.

Kita kini merupakan kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat bukan kebajikan cukong-cukong yang sedia kaya.

Moga akan ada tindakan susulan yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat selepas ni.

Tahniah kepada Kementerian Alam Sekitar kerana bertindak pantas.

Isu Semasa