Jalan Baru Di Perkampungan Cina, Kemaman

Jalan Baru Di Perkampungan Cina, Kemaman

Sebelum ini sebahagian penduduk di Perkampungan Cina, Kuala Kemaman tidak pernah merasai kemudahan jalan Tar di kawasan rumah mereka.

Ada di kalangan mereka yang telah tinggal di sana lebih daripada 50 tahun.

Namun begitu, hari ini mereka mampu tersenyum apabila laluan yang biasa digunakan setiap hari telah diturap dengan baik dan kemas.

Saya mengharapkan dengan adanya jalan raya baru di kawasan mereka ini mampu memberikan keselesaan dan memudahkan urusan mereka berbanding sebelum ini.

Haji Hanafiah Mat

Terengganu