Banyak kali cuba difikirkan alasan munasabah kenapa Anwar begitu takut untuk dedahkan senarai nama MP katak.
Jika senarai itu dirahsiakan untuk pengetahuan umum ok la demi untuk strategi.
Tapi bila kepada istana juga dia rahsiakan dengan alasan takut MP tu akan dibeli, memang alasan ini cukup kurang ajar.
Pertamanya dia langsung tidak hormat istana dengan mempermainkan Agong.
Keduanya dia seolah-olah menghina Institusi Diraja sebagai tak amanah dan akan mendedahkan rahsia tersebut kepada umum.
Ketiganya jika benar MP katak ini mudah dibeli, bermakna Anwar dah beli mereka untuk sokong beliau.
Alasan yang tak masuk akal ini sebenarnya menunjukkan Anwar tiada pun senarai nama tersebut, malah tidak ujud pun SD dan ianya cuma satu lagi rentetan siri penipuan Anwar selama ni.
Cukup tak faham dalam keadaan yang gawat begini, Anwar masih meneruskan kerakusan merebut kuasa.
Kenapa dia tak berlapang dada dengan bersama rakyat memerangi wabal covid ini.
Dia pemimpin besar dan pastinya cadangan yang datang dari dia akan dipertimbangkan sewajarnya oleh kerajaan memerintah.
Kenapa Najib boleh sentiasa memberi cadangan yang membina dan banyak juga cadangan Najib telah dilaksanakan kerajaan.
Kenapa tidak Anwar.
Jika benar dia sayang rakyat dan negara kenapa dia lebih utamakan agenda peribadi yang rakus tanpa hujung ini.
Anwar masih punya masa dan ruang yang luas untuk membantu rakyat sebagai seorang Ketua Pembangkang yang membina juga sebagai negarawan yang cintakan keamanan dan keselamatan negara.
Tapi kenapa beliau memilih jalan yang cukup songsang, jalan yang dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia.
Anwar kena akui beliau bukan seorang yang benar-benar layak memimpin negara dalam keadaan negara berkrisis besar.
Dia gagal memimpin partinya dari berpecahbelah, gagal melaksanakan tanggungjawab dia semasa menjadi Menteri Kewangan semasa krisis matawang 1998, yang mengakibatkan rakyat sengsara dengan jumlah pengangguran yang tinggi, penutupan banyak perniagaan, keruntuhan pasaran modal, serta hampir membenarkan IMF menjajah Malaysia.
Selama 22 bulan isterinya menjadi TPM, menjadi menteri wanita, tapi gagal mengangkat martabat wanita.
Takkan la manusia yang mengaku bijak dan tahu serba serbi itu tidak mampu menasihati isterinya atau paling kurang beri idea-idea bombastik yang boleh dilaksanakan.
Alasan Mahathir yang jadi PM adalah alasan lemah untuk mengaburi kelemahan Anwar sendiri.
Dia pemimpin parti terbesar dan majoriti dalam PH.
Takkan la tak mampu menggunakan kedudukannya pada masa itu.
Kenapa begitu ramai MP meninggalkannya?
Jika krisis dalam parti yang kecil begitu tak mampu ditangani dengan berhemah, bagaimana jika dia dibenarkan mentadbir negara?
Dengar cerita SD yang Anwar ada cuma dari menteri kasut hitam sahaja.
MAMPU Centre