Jom Belajar Sejarah: Dua Kisah Yang Berlainan, Tetapi Kebebalan Yang Sama

Jom Belajar Sejarah: Dua Kisah Yang Berlainan, Tetapi Kebebalan Yang Sama

KISAH SATU (1989): Sekumpulan ahli PAS telah menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan Islah.

Sebelum itu, sejak awal 1980-an, mereka menuduh Umno kafir, walaupun ditegah oleh Dewan Ulamak PAS.

Mereka mengatakan Umno dan S46 itu sama saja, seperti “biawak dikerat dua.”

Mereka keluar dari PAS, dan tubuhkan Kumpulan Islah atau PAS 51 kerana tidak bersetuju PAS bekerjasama dengan serpihan Umno, parti S46 pimpinan Ku Li.

Selepas itu, menjelang PRU 1995, kebanyakan mereka yang keluar PAS kerana mengatakan haram bekerjasama dengan Umno dan S46, bukan sahaja telah masuk Umno, bahkan terpilih menjadi calon Umno untuk menentang PAS.

Mereka memegang pelbagai jawatan dalam Umno, termasuk di Jabatan Hal Ehwal Khas.

Mereka menjilat ludah sendiri, kini mereka terpinggir sendiri.

KISAH DUA (2015): Sekumpulan pimpinan PAS menentang keras sebarang bentuk hubungan PAS dengan Umno, terutama selepas PRU 2008.

Mereka menuduh PAS akan masuk BN, UG dengan Umno dan sebagainya.

Mereka menentang pimpinan PAS sehingga bertindak keluar parti pada 2015 dan menubuhkan PAN atas sebab menolak kerjasama PAS-Umno.

Mereka sanggup menjadi Khadam DAP daripada kekal bersama.

“Makan babi dengan DAP lebih daripada makan ayam dengan Umno.”

Apabila PAS membentuk Muafakat Nasional (MN) dengan Umno pada 2019 untuk mempertahankan survival politik Melayu Islam, sehingga Kerajaan PH dapat ditumbangkan, mereka menuduh PAS menyalahgunakan agama, bersekongkol dengan perompak dan membentuk kerajaan tebuk atap dengan Umno.

Hari ini, apabila mereka mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan menggulingkan Kerajaan PN, mereka berbaik-baik dengan Umno.

Mereka menyatakan kesediaan untuk bergabung dengan Umno.

Mereka segera menjadikan Umno suci dari segala makian.

Mereka sanggup pula bersekongkol dengan para perompak itu.

Mereka juga mulai menjilat ludah mereka sendiri, rakyat pasti jijik dengan politik tanpa jati diri.

Apakah pelajaran yang dapat kita kutip dari dua kisah ini?

Bahawa… Sejarah sama sekali tidak berulang, tetapi KEBODOHAN dan KEBEBALAN mereka yang berulang!

Mohd Fadli Ghani

Isu Semasa