Lubuk Mandi Tarikan Pelancong Baru

Lubuk Mandi Tarikan Pelancong Baru

Hari ini YB Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat telah mengadakan tinjauan bersama Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak di Lubuk Mandi Rusila.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk melihat keadaan dan menjadikan Lubuk Mandi sebagai satu lagi pusat tarikan pelancong disini.

Lubuk Mandi ini kini lebih dikenali sebagai ‘Tasik Pepsi Blue’ oleh rakyat Terengganu.

“Insya Allah perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan kita akan menjadikannya suatu tarikan pelancongan baru di negeri Terengganu khusunya di daerah Marang,” kata Ariffin.

Lubuk Mandi merupakan satu kawasan yang terkenal di Malaysia terutamanya dengan luruan emas yang melanda Malaysia pada akhir tahun 80-an.

Kemahsyurannya sebagai lubuk emas menyebabkan manusia berpusu-pusu untuk mencuba nasib melombong galian berharga berkenaan.

Dalam akhir dekad 80-an juga menyaksikan beberapa tragedi yang menyedihkan yang akhirnya mendorong kepada penutupan kawasan berkenaan.

Dengan airnya yang biru dan kesan sejarah, kawasan tersebut memang sesuai untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong yang baru.

Pelancongan Terengganu