Sejurus selepas Anwar melangkah keluar dari istana pada 13hb. Oktober, saya mengambil sikap mengingatkan *Langkah Istana* tersebut sebagai sandiwara awal menjelang Sidang Belanjawan November nanti.
Sila lihat artikel di page Mampu Centre 14/09/20
https://www.facebook.com/275464012898189/posts/1019979905113259/
APAKAH PERANAN PAS – satu sisi pandangan pemerhati.
Justeru selepas Langkah Istana, PN dan MN jadi galau, antara UMNO dan PPBM sudah mengasah taji masing-masing.
UMNO mula mengungkit “ghanimah” yang di bolot PPBM tidak setara dengan jumlah kerusi yang di miliki berbanding UMNO dan PAS.
Hari ini Malaysiadateline seperti bersetuju dengan saya dengan tajuk artikel – Muslihat Anwar Perangkap PN.
Jika tulisan saya terdahulu kurang mendapat perhatian, Malaysiadateline mengulangi amaran yang sama, yang amat perlu di perhatikan oleh pimpinan PN dan MN.
https://malaysiadateline.com/muslihat-anwar-perangkap-pn/
Apapun, sehingga timbul isu rombakan kabinet, lantikan GLC’s dan Kerajaan negeri.
Saya berpendapat ianya tidak akan memuaskan hati di pihak berlainan parti.
Ini di sebabkan pokok utama masalah ialah PPBM di lihat seteru utama UMNO.
PPBM bertanggung jawab menjatuhkan kerajaan BN.
PPBM telah “hijack” sebilangan MP@Adun BN.
PPBM di lihat berkuasa dalam Kerajaan PN, GLC’s dan negeri.
PPBM di lihat tamak mahukan Kawasan PRK nanti di bandingkan tiada kekuatan bawahan.
Anwar bukan melangkah kosong.
Ramai mengherdik tiada “numbers”, namun lihatlah kesannya…salah hitung kerajan PN tumbang menjelang November.
Senior politik seperti Tg. Razaleigh dan Tun M juga mula gusar permainan licik Rafizi dan Saifuddin.
Pejuang dan Pan turut serta dalam undi tidak percaya kepada PM.
Anwar sedang mendahului pusingan ini.
Sudah ada MP secara terbuka menyokong Anwar.
Kekal tenang ialah PAS dalam menghadapi kemelut politik negara.
Menteri-menteri PAS komited dengan tanggung jawab terhadap tugasan.
Hanya TGHH dan TITM menitip kata kepada kepimpinan negara agar mengutamakan penyelesaian Covid 19.
PN@MN dan PH terlalu mengutamakan politik berbanding maslahat negara.
Rakyat penat dan makin meluat dengan politik negara.
Bom jangka Covid 19 yang meletus sejurus selesai PRN Sabah dan PKPB terhadap rakyat sangat melelahkan.
Orang politik terus mendapat elaun perselisihan mereka, rakyat dapat apa?
Kegilaan orang politik tidak akan berhenti walaupun mangsa Covid mencapai 4 angka.
Bagi mereka, nafsu kuasa adalah segala-galanya.
Tiada kesabaran memberi peluang kerajaan Muhyiddin menangani masalah nasional ini, sebaliknya mereka menambah perisa Covid. (seperti PRN Sabah adalah kehendak PH).
Kita tunggu bagaimana sikap mereka pada Batu Sapi.
Bermuhasabah lah…
Yang menaik dan menurunkan kalian adalah Allah.
Simpatilah kepada rakyat.
Tn Ismet GS