Batal Wuduk Kena Renjatan Letrik

Batal Wuduk Kena Renjatan Letrik

SOALAN:

Di antara perkara yang menjadikan wuduk kita batal ialah hilang ingatan sebab tidur atau pingsan.

Soalan saya batal atau tidak wuduk orang yang terkena renjatan letrik?

JAWAPAN:

Sekelian sebab yang menjadikan seorang itu hilang aqal sekali pun sekejap seperti terlelap dan tidur dan pitam dan pingsan adalah membatalkan wuduk.

Maka jika orang yang terkena renjatan letrik itu hilang aqalnya sekejap nescaya batal wuduknya.

Tersebut pada kitab Riyadhul Badi’ah:

وينتقض مصعوق ومذعور ومسحور لزوال تمييزهم

Artinya: “Dan batal wuduk orang yang terkena kilat dan terkejut ketakutan dan yang kena sihir kerana hilang pembezaan aqal dari mereka.”

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus

Soal Jawab