SOALAN:
Jika kubur yang ada di tanah perkuburan itu sudah lama adakah boleh digali dan ditanam akan mayat yang baru?
JAWAPAN:
Hukum menggali kubur yang sudah ditanam akan mayat adalah haram melainkan ada sebab yang mengharuskannya.
Antara sebab yang mengharuskannya ialah mayat yang lama di situ sudah hancur tiada bertulang lagi yaitu sudah menjadi tanah.
Berkata Imam Nawawi:
وَأَمَّا نَبْشُ الْقَبْرِ فَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ سَبَبٍ شَرْعِيٍّ بِاتِّفَاقِ الْأَصْحَابِ وَيَجُوزُ بِالْأَسْبَابِ الشَّرْعِيَّةِ كَنَحْوِ مَا سَبَقَ وَمُخْتَصَرُهُ أَنَّهُ يَجُوزُ نَبْشُ الْقَبْرِ إذَا بَلِيَ الْمَيِّتُ وَصَارَ تُرَابًا وَحِينَئِذٍ يَجُوزُ دَفْنُ غَيْرِهِ فِيهِ
Artinnya: “Dan ada pun menggali kubur maka tidak harus ia tanpa sebab yang diharuskan syarak dengan sepakat sekelian Ashab. Dan harus menggali kubur itu dengan beberapa sebab yang diharuskan syarak seperti barang yang telah lalu sebutnya. Ringkasnya bahawa diharuskan gali kubur itu apabila sudah binasa dan hancur mayat dan telah menjadi tanah dan pada ketika itu haruslah menanam mayat yang lain di situ.”
(Kitab Al-Majmu’)
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus