Lapor Malaysia Gazette pada 01hb Desember 2019 satu perhimpunan bagi memperingati ulang tahun ke 30 Perjanjian Damai Hat Yai di antara kerajaan Malaysia dengan PKM pada 02 Disember 1989 telah di adakan di Kajang.
Ada seorang ADUN DAP yang turut hadir sama mengaku iaitu datuk dan abang nya adalah bekas gerila Komunis Malaya.
Turut hadir di perhimpunan itu ialah bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husain Ali.
Sewaktu kerajaan PH22 bulan memerintah cubaan untuk mengubah sejarah negara dengan meletakkan Pengganas Komunis Malaya sebagai pejuang kemerdekaan hampir berjaya.
Sehingga buku teks Sejarah Tingkatan 4 ternyata cuba diubah.
Hari ini secara halus di dalam halaman facebooknya seorang pimpinan DAP memaparkan foto perhimpunan rakyat Thailand membantah Raja nya.
Dengan ayat memberitahu “They are saying no to the King.”
Apakah maksud yang tersirat dengan kata-kata itu?
Kenapa tidak ditulisnya “Thai people are protesting against their monarchy”.
Adakah dia sedang cuba menanamkan jarum hakus doktrin anti raja dan berani melawan titah raja (YDPA) dalam minda rakyat dan anak muda di Malaysia?
Adakah apa yang berlaku di Thailand itu mahu juga berlaku di Malaysia?
Apatah lagi dengan hiruk pikuk suasana politik tanah air yang cuba digambarkan berat sebelah seperti penglibatan Istana dalam penubuhan kerajaan PN.
Lebih malang dengan peningkatan angka wabak Covid19 berpunca dari kesibukan merebut kuasa yang nyata boleh dielakkan jika sudah nyata tiada sokongan.
Persoalan nya apakah penyokong dan penggerak Komunis serta lain-lain gerakan seperti Liberalisma Evangelist akan terus berdiam atau mengatur langkah menunggu masa untuk terus berusaha menjadikan bumi ini seperti Arab Spring.
Bermula dari satu negara dihasut diruntuhkan kemudian diikuti dengan keruntuhan kerajaan negara-negara yang berikutnya.
Amaran dan nasihat Ulama diketepikan tetapi akhirnya rakyat nya yang dahulu tidaklah begitu susah dalam kehidupan harian mereka sudahnya hari ini berakhir dengan penderitaan rakyat yang tiada berkesudahan.
Kita kena perkukuhkan perpaduan umat ini supaya kita tidak begitu mudah teperangkap dengan manusia Komunis yang tidak punya akidah berselindung di bawah nama Hak Asasi Manusia dan bukankah sewaktu Perang Dunia Kedua, sewaktu Jepun menyerah kalah, Komunis Menangguk di Air Yang Keruh dengan 13 hari bermaharajalela di Tanah Melayu?