Masih Ragu Kemampuan PAS?

Masih Ragu Kemampuan PAS?

Kelmarin dan semalam (18/19hb) Selangor sekali lagi dilanda masalah air.

Bayangkan dalam suasana Covid19 masih tidak mengurang rakyat Negeri termaju di Malaysia pula menghadapi masalah terputus bekalan air bersih.

Ini bukan pertama kali ianya terjadi.

Puncanya pencemaran Sungai Gong.

Bila bercakap tentang bekalan air kita kena fahami yakni banyak pihak yang terlibat, lebih-lebih lagi kerajaan negeri, pejabat daerah dan yang utama pengilang-pengilang perlu memainkan peranan masing-masing menghadapi masalah bekalan air.

Jika tiada hujan semua orang faham tadahan air akan berkurangan tetapi apabila puncanya kerana pencemaran yang di lakukan oleh kilang-kilang manusia yang tidak mahu insaf dan hanya mementingkan diri sesuatu perlu dilakukan dengan lebih berkesan dan pantas.

Penghargaan perlu diberikan kepada Unit Amal PAS, sama ada air berlebihan atau kurang, Unit Fisabillilah ini sentiasa turun membantu.

Sama ada sewaktu banjir atau tiada air dan lain-lain aktiviti kebajikan yang perlu digerakkan.

Bayangkan sekiranya Kerajaan Selangor ini dibawah PN dengan PAS mempunyai suara dan berkongsi kuasa pentabiran negeri pasti nya Unit Amal ini akan lebih kedepan dan pantas bergerak menghulurkan bantuan.PAS dengan badan Amal nya sudah lama mempamer dan melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang tanpa meminta sebarang upah.

Pastinya jika PAS sentiasa di beri keutamaan dalam mentabir negara pasti nya rakyat tidak akan kecewa dengan prestasi Ahli Parlimen dan ADUN nya kerana dalam menjalankan tugas mereka berpegang pada amanah dan takwa.

Terbukti keraguan kemampuan PAS dalam menjalankan tugasnya meleset dan PAS perlu di beri peluang berterusan mentadbir negara ini.

Dalam Negeri