Tiga dekad berlalu… Kelantan terus melangkah ke hadapan. Kelantan terus sejahtera untuk Islam. Membangun Bersama Islam.
Kelantan jangan berpaling ke belakang lagi, terus mara, maju ke hadapan, menuju kejayaan dunia dan akhirat. Biarlah orang lain nak bergaduh atau berebut jawatan, ayuh anak-anak Kelantan, rebutlah mardhatillah!
3 dekad melangkah gagah
Bumi Tok Kenali negeri bertuah
Hidup kami hanya untuk Allah
Berpegang dengan Quran dan Sunnah
Tok Guru Nik Aziz Ustaz Mat
Terus maju memimpin umat
Kami bersyukur atas segala nikmat
Semoga istiqamah hingga kiamat
Mencari dunia mengejar akhirat
Negeri Membangun Bersama Islam
Usahalah semua selagi larat
Bekerja kuat siang dan malam
Banyak perubahan sudah dibuat
Semua dasar berpandukan sunnah
Menegakkan Islam adalah ibadat
Kerana manusia tujuannya khalifah
Kelantan sejahtera untuk Islam
Para ulamak menjadi pimpinan
Dunia akhirat teguh bersulam
Di kedua negeri mendapat kebahagian
Kelantan maju melangkah ke hadapan
Berasaskan ubudiyah, mas’uliyah dan itqan
Negeri maju dengan pembangunan
Rakyat taat kepada Tuhan
Si miskin ditolong armalah dibantu
Bukan Islam bebas beragama
Negeri berkat tadahan wahyu
Nikmat mencurah untuk semua
Dari Tumpat ke Gua Musang
Negeri maju rakyat aman
Di dunia rakyat memberi sokongan
Di akhirat nanti diampunkan Tuhan
Menjadi contoh sepanjang zaman
Ulamak mentadbir Islam memerintah
Inilah dia negeri Kelantan
Maju sebagai Serambi Mekah
Mohd Fadli Ghani