Dalam Keburukan (Kesukaran) Ada Kebaikan (Kemudahan)

Dalam Keburukan (Kesukaran) Ada Kebaikan (Kemudahan)

Belum pun Perdana Menteri mengistiharkan darurat sudah kedengaran suara sumbang menyalak kerana “numbers” yang di laung ternyata cuma opera basi ulangan tahun 2008.

Mereka yang sentiasa mengharapkan akan ada peluang datang mengolek untuk memenuhi impian yang tidak tercapai.

Masih lagi bersuara melaung kerajaan PN adalah kerajaan pintu belakang, sedangkan YDPA telah bertindak bijaksana bila melantik TS Mahyudin Yasin sebagai PM dengan PN sebagai kerajaan akibat dari PH sendiri yang tidak punya kata putus pengikat kesatuan siapa yang perlu terus mengepalai kerajaan.

Hinggakan rakyat, malah dunia pun muak dengan pertelingkahan merebut jawatan PM dalam PH.

Kata Anwar kerajaan PN gagal memacu ekonomi negara sewaktu 6 bulan menjadi kerajaan.

Soalan kita apakah kerajaan PH yang 22 bulan memerintah berjaya memacu ekonomi.

Yang kita dengar negara tiada duit, negara banyak berhutang dan segala macam kenyataan negatif sehingga pelabur tidak berani melabur malah ramai pula pelabur beralih ke negara lain.

Dengar sahaja Anwar ada “numbers” untuk menjadi PM kerajaan baru, terus sahaja Saham Bursa Malaysia menjunam jatuh.

Kita ingin bertanya kepada Anwar bagaimana kamu hendak memandu kerajaan dalam keadaan sekarang dilanda Pandemik Covid19 sedangkan sewaktu 22 bulan suasana yang selesa, tiada bala atau Pandemik Covid19, ternyata pemerintah PH gagal memacu ekonomi negara dan yang kita dengar banyak aset negara dijual.

Nasihat kita, usah kita yang menilai kehebatan diri kerana belum tentu cermin yang kita lihat menatap wajah kita berkata benar kerana ada kala tersembunyi kudis benjol di sebalik rambut di belakang kepala yang tidak dapat di lihat dan kita tidak sedar menunggu masa untuk pecah memuntahkan nanah jijik.

Rakyat sedang menanti PRU15 untuk menghukum, tetapi rakyat juga sedang menunggu mengharapkan Pandemik Covid19 ini berakhir.

Kehidupan rakyat lebih penting dari kehidupan para ahli politik.

Terima sahaja dan berlapang dada dengan saranan bijak lagi ikhlas TGHH supaya gencatan politik di Malaysia di ambil segera kerana itu sahaja cara dari membiarkan negara terus dilanda peningkatan wabak Covid19 yang awal-awal telah dapat dikawal dengan cemerlang oleh kerajaan PN yang sedia ada.

Tetapi lantaran kurang bijak nya Ahli Politik PH membuat keputusan menyebabkan PRN Sabah berlangsung dan lihat sendiri akhirnya mangsanya bukan sahaja ahli politik yang kalah malah yang menang pun juga terkena tempiasnya dan rakyatlah yang paling teranianya.

Nama nya Darurat nampak seperti buruk tetapi jika demi kebaikan negara dan rakyat nya apa salahnya?

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

فَاِ نَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ۙ

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,”

اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ۗ

“(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

(QS. Al-Insyirah 94: Ayat 5- 6)

Isu Semasa