Kerajaan Akan Isytiharkan Darurat

Kerajaan Akan Isytiharkan Darurat

Paling lewat, esok kerajaan akan mengisytiharkan darurat politik dan menggantung fungsi parlimen untuk satu jangkamasa tertentu, mungkin dalam 6 bulan untuk menangani pandemik Covid-19 yang telah berada pada paras yang mencemaskan.

Selain untuk mencegah merebaknya Covid-19, ia juga untuk mengekang nafsu ahli-ahli politik khususnya ditujukan kepada DS Anwar Ibrahim yang mencetuskan kegemparan lantaran mengakui memperolehi sokongan majoriti ahli-ahli parlimen untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada bagi merintis dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri ke 9.

Namun akhirnya DSAI hanya bermain wayang dan cuma memberikan nama 38 orang ahli parlimen PKR sahaja kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebelum itu nafsu politik DS Shafei Apdal sukar dibendung dan disokong oleh ketua-ketua parti PKR, DAP dan Amanah untuk membubarkan DUN Sabah dengan perkiraan ingin mendapat mandat yang lebih besar.

Namun kekalahan yang diperolehi.

Akhirnya kes positif Covid-19 merebak dengan cepat di seluruh negara terutamanya di Sabah.

Inilah harga yang perlu dibayar untuk satu kerakusan politik dan kuasa.

Dalam suasana yang berkecamuk antara pandemik Covid-19 dan politik, parti-parti politik mengendurkan permainan politik.

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi telah mengumumkan semalam untuk gencatan politik bagi memberi ruang kepada kerajaan menangani pandemik Covid-19 dan keresahan rakyat.

Hari ini, kabinet telah mengadakan mesyuarat khas untuk mencari solusi dan jalan keluar.

Akhirnya kabinet bersetuju untuk diadakan darurat politik.

Perdana Menteri telah ke Kuantan utk menghadap Tuanku Al-Sultan Abdullah bagi mempersembahkan keputusan jemaah Menteri.

Diyakini esok Perdana Menteri akan mengisytiharkan darurat politik.

Sama ada penggunaan perkataan “darurat”, “darurat pilitik” atau sebagainya hanya satu bentuk pentadbiran yang mana fungsi kerajaan akan tetap berjalan.

Kecuali parlimen digantung.

Mungkin para menteri kabinet tetap menjalankan tugas.

Ia semacam caretaker government.

Bermakna sidang parlimen yang dijadualkan bersidang pada 6 November ini dibatalkan.

Bagaimana pula dengan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan nanti?

Kita tunggu pengesahan kerajaan.

Namun kebiasaannya kerajaan masih boleh mengeluarkan peruntukan tanpa melalui persetujuan Dewan Rakyat.

Diyakini selepas tempoh darurat, mungkin 6 bulan kemudiannya parlimen akn dibubarkam bagi merintis PRU15.

Megat Hisemudin Megat Kasim

Dalam Negeri