Pembangkang dijangka akan menggunakan peluang sidang Parlimen bulan depan untuk menentang Belanjawan 2021 sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin.
Seandainya gerakan politik itu berlaku, PM harus membuat pilihan, iaitu:
i. Letak jawatan; atau
ii. Bubar Parlimen.
Jika pilihan (i) letak jawatan dibuat, YDP Agong perlu memilih PM baharu.
Akan tetapi, berikutan di pihak Pembangkang pun tidak ada majoriti, siapa yang layak untuk diangkat sebagai PM baharu?
Maka situasi ini akan memungkinkan pilihan (ii) dilaksanakan.
Melihat kepada situasi semasa wabak COVID-19, majoriti Rakyat menolak usaha pilihan raya umum (PRU) diadakan.
Ia langkah tidak popular.
Maka pilihan terakhir bagi menstabilkan keadaan adalah Pengisytiharan DARURAT COVID-19.
DARURAT COVID-19 ini tidak sama sebagaimana yang digambarkan oleh puak puak Pembangkang.
Ia lebih kepada untuk mengelak berlakunya pilihan raya umum, yang akan menjadi penyebab peningkatan wabak COVID-19.
Kerajaan tidak akan melaksanakan perintah berkurung (curfew) dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.
Hanya persidangan Parlimen, himpunan politik massa dan perarakan atau kempen skala besar yang tidak dibenarkan dalam tempoh darurat.
Ribuan terima kasih Anwar Ibrahim.
Tindakan kamu untuk menggugat kerajaan yang bertungkus lumus nak selamatkan negara terhadap ancaman COVID-19 telah berjaya – sehingga kerajaan tiada pilihan.
Sikap tamak haloba, rakus telah membuahkan hasil apa?