Jika berhasrat nak guna tanah kerajaan, sungai, kolam atau tasik bagi tujuan perusahaan akuakultur seperti kolam ikan atau sangkar ikan, memadai dengan memohon Lesen Menduduki Sementara (LMS).
Di seluruh Terengganu banyak lokasi tanah, tasik, kolam dan sungai milik Kerajaan Negeri yang telah dimanfaatkan oleh rakyat untuk aktiviti akuakultur.
Bukan setakat tak diganggu, malah dibantu lagi oleh kerajaan.
Dalam proses nak meluluskan LMS ini, pandangan teknikal dari beberapa jabatan terlibat akan diminta seperti JPS, Majlis Daerah, Jabatan Perikanan, Jabatan Taman Negeri, Jabatan Alam Sekitar, Plan Malaysia dan beberapa jabatan lain lagi.
Sekiranya tiada apa-apa isu berbangkit, maka tiada masalah untuk permohonan LMS tersebut diluluskan kerana hasrat kerajaan adalah untuk memajukan industri.
Bila ada isu berbangkit dengan lokasi tapak projek yang dimohon, maka perbincangan boleh dibuat untuk mencadangkan lokasi lain yang lebih sesuai.
Hasrat kerajaan ialah untuk bantu rakyat dengan mengambil kira juga kepentingan pihak-pihak lain yang turut berkaitan.
Tak boleh kita terus ceroboh begitu saja kerana negeri ini ada tuan yang jaga.
Tuan yang jaga negeri ini menjaga amanah tanah, bumi dan air untuk rakyat keseluruhannya.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa