Kita masing-masing kagum dengan keupayaan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis.
Artikelnya boleh kata setiap minggu akan disiarkan.
Bukunya setiap bulan akan terbit.
Hinggakan rakan-rakan di Pustaka Pertama Ummah tak menang tangan untuk susun jadual penerbitannya.
Bahkan kita yang membaca ini pun tak sempat nak baca buku baru TGHH, eh, keluar buku terbaru pulak.
Kita tertanya-tanya, macam mana TGHH menulis.
Dengan ruangan masa sebagai Presiden parti, ahli parlimen dan jawatan dalam kerajaan.
Ya, satu sudut keberkatan masa, tapi pasti ada kaedahnya.
Sebelum ini, aku pernah tanya Setiausaha Akhbar TGHH, Akh Malik.
Sambil senyum Malik cerita, TGHH ni akan menulis lepas subuh dan masa musafir untuk program dan sebagainya.
Satu ketika, masa retreat PAS Pusat, semua pimpinan PAS Pusat berkumpul beberapa hari.
Satu haritu, TGHH tak ada slot sebelah petangnya.
Jadi TGHH berkata kepada Malik, ‘ana nak menulis hari nie’.
Kalau kita, masa rehat dalam retreat gini, masuk bilik, tidur la apa lagi.
TGHH, rehat dengan menulis.
Petang tu masa makan, Malik tanya TGHH, berapa muka dah siap tulis Ayah Chik, TGHH jawab 60 muka surat.
Aku dalam hati, mesti TGHH sambung menulis, takkan sehari atau sepetang 60 muka surat.
Aku tanya Malik, 60 muka surat tu sehari tu ke?
Malik tengok aku, ya, haritu TGHH mula menulis, jawabnya.
Aku pun, Ya Rabb.
Aku nak tak percaya, orang kanan TGHH dah kabo.
Maka berlalu gitulah.
Tapi aku masih tertanya, TGHH menulis bagaimana?
Alhamdulillah, persoalan aku tertangguh berbulan-bulan ini terjawab, bila tengok pelancaran buku Fiqh Siasah Abu Bakar As-Siddiq beberapa hari lepas.
TGHH bocorkan rahsianya, TGHH cerita masa beliau berusrah dengan pimpinan gerakan Islam luar negara (mungkin masa belajar).
Ada yang memberikan kata-kata hikmah kepada beliau.
“Iqra’ Khaira Ma Tajid, Wahfaz Khaira Ma Taqra’, Waktub Khaira Ma Tajid.”
( Mafhum : Baca buku yang terbaik yang kamu jumpa, dan hafaz apa yang terbaik dari apa yang kamu baca, dan tulis apa yang terbaik dari buku yang kamu jumpa)
TGHH sebut beliau pegang kata-kata ini.
Maka, tak peliklah kalau TGHH menulis tu, kira macam air hujan yang mencurah-curah.
Boleh kata ilmu yang ada, TGHH sudah ikat dengan cara tulis dan hafaz.
Dan kalau perhatikan, tabiat TGHH ni bila ada soal-jawab dalam program atau dalam muktamar, pasti TGHH akan catit apa yang penting dari soalan dan perbahasan dalam muktamar.
Moga Allah berikan masa yang barakah kepada kita untuk membaca tulisan-tulisan TGHH.
Moga TGHH terus sihat untuk membimbing kami.
Ahmad Fahmi Mokhtar
Pencari Rahsia Penulisan TGHH.
Link tempahan buku terbaru TGHH
Diskaun 20% (potongan RM8) sehingga 25 haribulan iaitu esok.
Tempah segera.