Darurat Dan YDPA

Darurat Dan YDPA

“Tuanku tak boleh unilaterally isytihar darurat kan?

Melainkan dinasihat oleh PM. In this case, morally, PM patut resign sebab nasihatnya sudah tidak diterima pakai.

Sama ada MP akan ikut nasihat YDPA, terpulanglah kepada mereka, tak ikut pun bukan maksud derhaka, ini negara demokrasi.” – Fakhrul Sarwani.

Kejayaan undi tidak percaya tidak bermaksud PM mesti meletakkan jawatan segera.

Ia bermaksud PM akan mengadap YDPA dan memilih untuk mengundurkan diri, memilih untuk mengadakan pilihan raya atau memberi nasihat untuk Darurat.

Begitu juga, PM dah letak jawatan pun masih boleh jadi interim PM sementara YDPA melantik PM baru.

Mahathir kan macam tu bila dia merajuk dan letak jawatan?

Dan YDPA masa tu ada juga nasihat Mahathir supaya jangan letak jawatan kan?

Bila saya berpendapat bahawa YDPA telah menitah semua MP jangan buat hal dan mereka nak buat hal juga, darurat is still an option.

Dan kalau kamu nak contoh lagi, saya boleh berikan.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dulu hilang sokongan dari PKR dan DAP tapi masih Menteri Besar Selangor sebab ada sokongan dari PAS dan Umno.

Khalid Ibrahim hanya hilang kuasa apabila dua orang pengkhianat dari PAS (yang lompat ke PAN lepas tu) tarik sokongan kan?

Masa tu Khalid Ibrahim tak letak jawatan serta merta juga.

Beliau pergi menghadap Sultan Selangor untuk meletak jawatan terdahulu.

Lepas Khalid Ibrahim meletak jawatan, beliau masih interim MB kerana Baginda minta Pakatan beri lebih dari dua nama untuk calon MB. Yang buat hal tak nak bagi nama lebih tu siapa?

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. ‘Gembira’ Khalid mengatakan pengunduran dirinya sebagai penyelesaian terbaik untuk krisis MB – https://www.malaymail.com/…/happy-khalid-says…/734041
Dalam Negeri