Semalam YB Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP berkata bahawa, DAP akan komited mempertahankan Institusi Di-Raja, hal istimewa Melayu dan Islam sebagai agama rasmi.
Tetapi kenapa?
- YB Ronnie Liu (Sg Pelek) sertai perhimpunan yang dihadiri 400 bekas komunis di Kolej New Era Kajang pada 1 Disember 2019?
- Pada 21 Okt 2020 di Bangkok, kenapa YB Ronnie Liu berkata, “Now in Bangkok. They are saying no to King!”?
- Kenapa YB Ngar Khor Ming (Pengerusi DAP Perak) berkata bahawa datuknya (juga datuk kepada Hanah Yeoh) yang merupakan pejuang MPAJA (Bintang 3/PKM) sebagai pejuang negera?
- Kenapa Koon Yew Yin (taikun DAP) sanggup menghina ATM dengan katanya, ATM hanya menghabiskan masa dengan makan dan tidur sahaja (14.8.2019)?
- Saya catatkan peristiwa penyeludupan abu Chin Peng (pimpinan PKM) ke Setiawan, Perak.
- Siri peristiwa menaikkan bendera 5 bintang, bendera jalur hitam, bendera terbaik.
Senarainya masih panjang dan saya tidak akan biarkan sejarah ini dilupakan begitu sahaja.
Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin