Tarian Umno

Tarian Umno

Sudah beberapa hari Umno menari macam gadis dalam cerita Bollywood.

Sekejap Umno menari di padang penuh dengan bunga-bunga, sekejap menari di padang hijau dengan pemandangan indah bulan yang terang.

Tetiba Umno berada di kawasan air pancut yang indah dan begitu seronok dia main dengan air itu.

Tapi tarian dengan lagu dalam filem Bollywood tak boleh kekal selamanya.

Cerita perlu diteruskan.

Jadi Umno pun kembali ke Perikatan Nasional dengan kecaman bahawa dia masih mampu menari. (1)

Yang tak menari dan berfoya-foya itu PAS.

Dah buat keputusan pilih rakan, dia steady saja.

Lihatlah, ketika Umno melakukan ini dengan betul, orang yang bersandar ke kiri seperti saya juga lebih suka mempromosikan PAS kerana begitu setia, walaupun kadang-kadang PAS dilihat sangat konservatif.

Saya faham kamu semua tak puas hati, tapi siapa yang puas hati sekarang?

Rakyat perlu duduk rumah, bisnes semua takde pelanggan, doktor dan jururawat semua letih, dan kamu pergi berfoya-foya mestilah orang marah.

Saya tak sokong Pakatan pun marah wei.

Kamu semua duduk rumah masing-masing buat masa Covid-19 ni boleh tak?

Mak Khuin Weng – マク

  1. Setelah berbincang selama berjam-jam, Umno tetap menyokong Perikatan dan menolak kerjasama dengan PKR, DAP – http://dlvr.it/RkN9VJ
Isu Semasa