Kalau Islam tak benarkan apa-apa lukisan atau gambar Nabi disiarkan, maka jangan buat lah.
Kan simple?
Kenapa saja nak lukakan hati orang Islam?
Freedom of expression tak bermaksud kita permainkan agama sesiapa.
Insiden memenggal kepala cikgu di Perancis memang merupakan satu kesalahan yang serius.
Itu tidak dinafikan.
Namun, kita tidak patut berbangga sangat dengan tindakan cikgu itu membawa kartun Nabi ke sekolah untuk mengajar freedom of expression.
Ada banyak benda lain yang boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran.
Sebagai contoh, curi memang salah.
Kita tak patut curi.
Tapi kita juga ajar orang untuk jaga barang baik-baik.
Jangan dibiarkan tak dijaga.
Pintu kena selalu dikunci, dan sebagainya.
Kenapa?
Sebab kalau kita tak boleh menahan pencuri daripada mencuri, kita boleh sekurang-kurangnya menjaga barang kita supaya tidak dicuri.
Dua-dua pihak kena pastikan jenayah tidak berlaku.
P.S. Kebebasan bersuara dijamin tetapi bukan kebebasan selepas bersuara.
So, pandai-pandai kita jaga diri.
Kalau nak jadi Hero, maka kenalah berdepan dengan Penjahat.
Berbaloi kah?
Fikir sendiri!
DR. SHAMSHER SINGH THIND