Politik Dan Royalti

Politik Dan Royalti

Beberapa hari dah lepas setelah YDPA tolak permintaan darurat dari Muhyiddin.

Ada yang gunakan penolakkan itu sebagai tanda baginda murka kepada Muhyiddin dan minta Muhyiddin letak jawatan. (1)

Ada yang menggunakan penolakkan itu untuk menyatakan mereka sokong sepenuhnya sistem Perlembagaan Malaysia dan Institusi diRaja Malaysia. (2)

“Yang di-Pertuan Agong telah menggunakan kebijaksanaannya untuk membatasi keputusan dan tindakan eksekutif.” – Setiausaha penganjur DAP Anthony Loke.

Hebat. DAP pun terpaksa akur kepada keputusan YDPA.

Sebelum YDPA membuat keputusan, DAP senyap saja manakala penyokong tegar Pakatan seperti Tommy Thomas menyatakan bahawa darurat itu ‘unconstitutional’. (3)

Bersih 2.0 pula menyatakan deklarasi darurat itu boleh membawa “ketidakstabilan politik seperti di Thailand dan Indonesia.” (4)

Ada juga peguam bersedia membawa isu itu ke mahkamah. (5)

Tapi setelah YDPA menolak permintaan darurat, DAP sekarang mangakur bahawa keputusan YDPA tidak boleh dicabar di mahkamah kerana ia memang kuasa Baginda sepertimana yang tertulis di Perlembagaan Artikel 150. (6)

Hah. Ini bukan saya yang katakan tapi Constitutional Expert DAP yang katakan.

Sebenarnya kan, sistem Perlembagaan kita ni cukup bagus sebab kita ada Raja-Raja yang mempunyai kuasa mereka tersendiri.

Apabila ahli politik fikir mereka hanya perlu risau permainan politik di antara mereka saja, pengikut setia mereka berani saja menyerang sesiapa pun manakala mereka sendiri membisu.

Lepas YDPA buat keputusan saja, mereka semuanya mula menyembah tingkah laku Baginda.

Rakyat pula dapat lihat bagaimana ahli politik kita semua pusing dan belok nak ini nak itu bukannya kerana mereka nak tolong rakyat tetapi nak pegang kuasa saja sebab itulah matlamat kenyataan mereka semua.

Dan Raja-Raja tak perlu kembali berkuasa sepenuhnya pun untuk melaksanakan tugas mereka untuk memastikan ahli politik kita ni tak keterlaluan.

YDPA dah tunjuk baginda ada rotan tapi tak nak gunakan buat masa ini saja. Boleh gunakan sekiranya perlu.

Sekarang kesemua ahli politik kita perlu pening kepala sikit kerana takut kalau mereka berfoya-foya sana sini dengan sesiapa pun sehingga menyebabkan kerajaan tidak dapat berfungsi, Baginda boleh bawa keluar rotan.

Haha.

Peace.

Mak Khuin Weng – マク

  1. PM Muhyiddin faces calls to quit after failed bid for emergency rule – https://www.theedgemarkets.com/…/pm-muhyiddin-faces…
  2. DAP fully backs Agong’s call not to declare emergency: Loke – https://www.thevibes.com/…/dap-fully-backs-agongs-call…
  3. Declaring emergency would be unconstitutional ― Tommy Thomas – https://www.malaymail.com/…/declaring-emergency…/1916034
  4. Emergency proclamation may lead to civil unrest: Bersih 2.0 – https://www.thevibes.com/…/emergency-proclamation-may…
  5. Lawyers group says emergency declaration to suspend Parliament can be challenged in court – https://www.malaymail.com/…/lawyers-group-says…/1915904
  6. Agong’s decision can’t be challenged in court – https://www.nst.com.my/…/agongs-decision-cant-be…
Politik