Boikot Produk Perancis Demi Maruah Rasulullah Kekasih Belahan Jiwa Kita

Boikot Produk Perancis Demi Maruah Rasulullah Kekasih Belahan Jiwa Kita

“Birruh, biddam, nafdika ya Rasulullah!!”

Tempik anak-anak tahfiz an-Nur Setiu, walau panas terik mentari menyengat mereka namun himpunan anak-anak remaja penghafal al-Quran ini tega.

Maruah nabi adalah harga mati!, tiada yang mampu memisahkan kasih cinta ini terhadap ar-Rasul yang mulia.

Ustaz Idris Haji Ahmad, penceramah maulid Nabi SAW pagi itu telah melancarkan kempen memboikot produk Peranchis.

Takbir bergema berulangkali dan menyemangati khalayak yang hadir.

Bendera Perancis telah dibakar oleh Nik Mun’iem Nik Mohd Abduh, cucu almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz, mereka juga memijak potret Emmanuel Macron sang pemimpin Perancis yang biadap terhadap maruah ar-Rasul yang mulia.

Perancis wajib memohon maaf kepada umat Islam dan wajib menghentikan intimidasi dan serangan halus kepada maruah nabi SAW.

Perancis dan permusuhan terhadap umat Islam bukanlah subjek baru sebenarnya.

Negara yang berdirinya menara Eifel yang sombong itu termasuk dalam koalisi salibiah yang menyerang Palestin.

Atas nama agama, perang Salib tak dapat dielakkan sehingga mengorbankan ribuan nyawa.

Puak Salib menjajah tanah Palestin yang merupakan kiblat pertama umat Islam, sehinggalah dibebaskan oleh Salahuddin al Ayubi.

Perancis antara negara Barat yang banyak menjarah tanahair umat Islam dibelahan benua Afrika dan Asia.

Antara yang dijajah oleh negara sekutu Salib ini ialah Algeria, Tunisia, Syria, Lubnan, maghribi, Chad, juga Mesir selama tiga tahun dan lain-lain negara.

Tidak sedikit penderitaan dihempap kepada umat Islam.

Di Algeria seramai sejuta jiwa umat Islam telah dibunuh.

Perjuangan jihad umat Islam di Algeria telah dipimpin oleh Sheikh Abdul Kader Aljazair dan kezaliman negara penjajah terakam dalam sejarah airmata ummat.

Perancis dalam bingkai sejarah kepada Islam juga pernah mahu menganjurkan teater untuk menghina Rasulullah.

Setelah dihidu perancangan jahat ini oleh Sultan Abdul Hamid (II), maka baginda telah mengambil tindakan tegas.

Duta Perancis di Istanbul telah dipanggil mengadap dan diberikan amaran tegas.

Khilafah Uthmaniah walaupun pada tahun 1909 dilihat sudah agak lemah namun Sultan Abdul Hamid akan mengistiharkan perang umat Islam terhadap Perancis jika pementasan teater tersebut diteruskan.

Tindakan berani dan bermaruah Sultan Abdul Hamid berjaya menghentikan serangan Perancis kepada maruah ar-Rasul yang mulia.

Kini episod kebiadapan Perancis berulang kembali dan memicu kemarahan umat Islam.

Pemimpin Turki, Erdogan telah menyeru dunia Islam membuka mata akan kebiadapan Peranchis ini, langkah memboikot adalah langkah yang praktikal.

Dunia gempar apabila tragedi meletus, berakar daripada isu penghinaan kepada Rasulullah.

Abdoullakh Anzorov, seorang remaja berusia 18 tahun, ditembak mati dengan 9 biji peluru oleh polis Perancis.

Pihak keselamatan Perancis juga bertindak secara barbarik apabila memasuki masjid dan mengasari jemaah masjid.

Negara bekas penjajah ini, kini mempunyai 10 juta muslim, sebahagiannya adalah migran daripada negara-negara bekas tanah jajahan Perancis.

Abdoullakh telah memenggal kepala gurunya Samuel Paty kerana telah menghina junjungan Nabi kita yang mulia.

Gurunya telah menayangkan karikatur hinaan ke atas Rasulullah saw di dalam kelas dengan alasan hak kebebasan dan berekspresi.

Itulah juga kefahaman sebahagian besar masyarakat Eropah yang liberal dan meninggalkan kehidupan beragama.

Abdoullakh seorang pemuda yang dikenali baik dan patuh pada agama.

Keluarganya berasal dari Chechnya Russia, remaja ini juga tidak pernah mempunyai rekod jenayah atau rekod kesihatan mental.

Umat Islam sewajarnya mengangkat kisah anak remaja ini yang sangat cintakan ar-Rasul, sebagaimana kisah Zaid bin addasinah dan Khubaib Bin Adi dalam peristiwa tragedi ar Raji’ di zaman Rasulullah SAW.

Gurunya Samuel Paty yang menghina Rasulullah pula telah mendapat pengiktirafan dari Perdana Menteri, Emmanuel Macron yang “moron”.

Kontradik pula, Abdoullakh dilabelkan sebagai pengganas oleh pemimpin utama Perancis itu.

Apakah sikap dan tindakan yang mampu umat Islam lakukan terhadap Perancis?

Sebagai membalas pengiktirafan yang dibuat oleh Perdana Menteri Perancis, sangat wajar umat islam memboikot segala produk dari Perancis.

Elakkan membeli dan menggunakan produk buatan mereka, sehingga Perancis mengubah sikap terhadap Umat Islam dan memohon maaf atas keceluparan PM mereka, Macron.

Sebarkan maklumat akan kempen ini demi maruah ar-Rasul SAW.

BOIKOT sehingga Perancis akur dengan tuntutan umat Islam.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)

Isu Semasa