الرسول خط أحمر
Duta Perancis ke Mesir, Stephane Romatet menuntut supaya Syeikh al-Azhar lebih bersederhana dalam perkara boikot ke atas Perancis.
Al-Imam al-Akbar Syeikh al-Azhar as-Syarif, Prof. Dr. Ahmed Mohamed al-Tayyeb memberi respons dan menolak dengan tegas;
“Kami tidak sekali-kali menerima tawar-menawar dalam urusan berkaitan penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ.”
“Kami juga menuntut supaya Emmanuel Macron (Presiden Perancis) memohon maaf dengan segera, apa sahaja perkara yang menyakiti Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh diterima sama sekali.”
“Perkara ini telah menggores hati sekalian umat Islam apabila diperlakukan sedemikian terhadap Nabi Muhammad ﷺ dan kesucian mereka.”
“Pastinya hal ini tidak boleh diterima sama sekali.”