Pada 25 Oktober yang lalu Mohd Arif Juhani menulis di dalam Malaysia Dateline berhubung dengan kejatuhan PH – kerajaan gagal 22 Bulan.
Yang peliknya di akhir tulisan itu yang menjadi sasaran ialah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Agaknya tulisan itu memang ditujukan kepada TGHH.
Kepada Mad Arif kita ingin ingatkan yang meletak jawatan sebagai PM7 adalah dari kerajaan PH sendiri.
Yang mengisi kekosongan jawatan itu pun dari bekas Menteri PH.
Gelombang Covid-19 mula menyerang Malaysia apabila kerajaan PH 22 Bulan seperti tidak begitu endah atas seruan orang ramai supaya pelancong warga asing jangan di benarkan masuk ke Malaysia.
Berbagai alasan diberikan oleh PM dan Timbalan PM serta Menteri PH seperti mereka sahaja yang betul dan pandai.
Akhirnya Virus Corona Covid-19 yang tidak mengenal siapa mula mengganas.
Pada mulanya muncung laras ditujukan kepada TSMY.
Mad Arif membuat spekulasi atas cadangan TSMY melaksanakan darurat.
Cadangan itu katanya kerana TSMY bimbang jawatan PM yang di galas akan terlucut dek cuma punya majoriti tipis.
Samaada telahan itu benar atau tidak cuma TSMY yang tahu dan Allah maha mengetahui akan niat nya.
Terdapat hampir 80 negara di dunia ini melaksanakan undang-undang darurat atas alasan Pandemik Covid-19.
Penulis akhirnya mensasarkan mucungnya kepada TGHH.
Lalu dibuatkan perbandingan diantara TGHH dengan Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi .
Untuk pengetahuan Mad Arif, TGHH tidak pun berada di dalam kabinet kerajaan gagal PH 22 Bulan atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan itu sedangkan Jenaral Al-Sisi adalah Menteri Pertahanan Republik Mesir yang dilantik oleh Presiden Dr Morsi Assyahid waktu itu.
Yang berlaku curang ialah Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi secara diam mengatur strategi mengulingkan Dr Morsi.
Pertanyaan kita yang dikatakan Langkah Sheraton dan tumbang nya kerajaan gagal PH 22 Bulan, TGHH kah yang menganti PM7 TunM?.
Jeneral Abdul Fatah Al-Sisi menjadi Menteri Pertahanan di dalam kabinet Dr Morsi, yang mengulingkan beliau dan akhirnya mengangkat diri sebagai Presiden.
Lalu di ungkitnya tentang kejatuhan kerajaan gagal PH negeri Kedah.
Peralihan kuasa di buat secara betul dan masakan Sultan Kedah sebelum menerima dan mengesahkan kerajaan PN tidak tahu meneliti dengan saksama.
Apa yang berlaku di Sabah bukan sahaja menjadi malapetaka untuk negeri Sabah malah seluruh Malaysia.
Covid-19 semakin menganas sehingga hari ini atas keengganan PH Warisan untuk menyerah kuasa negeri secara terhurmat seperti apa yang TS Musa Aman lakukan sebelum itu.
Mad Arif terus memfitnah TGHH atas lantikan beliau sebagai Duta Khas PM ke Timur Tengah bertaraf Menteri dan dengan jawatan Menteri dan lain-lain kepada barisan pimpinan PAS.
Sekali lagi kita ingin bertanya apakah Menteri dan Timbalannya tidak membuat kerja mereka.
Sehingga hari ini harga sawit meningkat naik, biar pun di boikot dari Amerika dan sekutunya.
Akhirnya Mad Arif begitu biadab menulis “segalanya sudah agak terlambat untuk Hadi Awang, ingatlah, tiada pengkhianatan akan berakhir dengan aman melainkan hanya laknat”.
Hati-hati menggunakan bahasa terhadap seorang Ulama’ takut laknat itu kembali kepada yang menulis.
Kita ingin Mad Arif buka sirah Rasullah berkaitan dengan seorang yang dulunya seorang sahabat bernama Nuharur Rajjal bin Unfuwah.
Seorang kepercayaan Rasullah di hantar untuk mengajar ilmu agama kepada penduduk Yamamah, siapa sangka akhirnya dia bersongkolan dengan Nabi palsu Musailamah AlKadzab.
Sabda Rasullah ” “Sesungguhnya di antara kalian ada seseorang yang gigi gerahamnya di neraka lebih besar dari Gunung Uhud.”
Orang yang disebutkan oleh Nabi – Ar-Rajjal keluar mengikuti Musailimah dan membenarkan kenabiannya.
Sesungguhnya fitnah Ar-Rajjal lebih besar.
Berkata Abu Hurairah yang mengatakan bahwa fitnah Ar-Rajjal bin Unfuwah lebih besar daripada Musailamah disebabkan akibat yang ditimbulkannya sangat besar.
Karena sejak Ar-Rajjal bin Unfuwah membela Musailamah Al Kadzab, pengikut nabi palsu ini semakin yakin kepada Musailamah dan semakin bertambah jumlahnya.
Maka disinilah fitnah terbesarnya.
Eloknya nasihatkan kawan-kawan Mad Arif yang sentiasa membenarkan DAP takut tergelincir seperti Ar-Rajjal.
THR
