Salah satu isu hangat sekarang adalah isu lawyer nak saman kerajaan berkenaan dengan tindakan Yang diPertuan Agong.
(https://www.bharian.com.my/…/agong-tidak-isytihar…)
Macam ini lah.
Art 150(1) FC memberi kuasa kepada Agong untuk mengisytiharkan darurat sekiranya Agong berpuas hati bahawa terdapat “grave emergency” sehingga menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam terancam.
Tetapi menurut Art 40(1) FC, Agong setiap kali menjalankan tugas Baginda, hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri (yang diketuai oleh PM), kecuali jika diperuntukkan sebaliknya.
Sebab itu, sering kali kita dengan peranan Agong hanyalah bersifat “ceremonial”.
Kerajaan yang sebenar adalah kerajaan pilihan wakil rakyat.
Tapi bukan semua hal Agong kena ikut cakap PM.
Ada tiga perkara Agong tidak perlu nasihat PM, iaitu:
1) Apabila melantik PM (sama ada selepas PRU atau selepas PM lama letak jawatan).
2) Apabila membuat keputusan sama ada nak bubar Parlimen atas permintaan PM yang hilang sokongan majoriti atau suruh PM itu letak jawatan.
3) Memanggil mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Persoalannya, perisytiharan darurat ini adalah kuasa peribadi Agong atau Agong kena bertindak mengikut nasihat PM?
Mahkamah tertinggi di Malaysia ketika itu, iaitu Majlis Privy (yang bersidang di Hong Kong pada 23 Oktober 1978, iaitu 3 hari sebelum saya dilahirkan), berpendapat:
‘The power to proclaim an area as a security area with the consequences that this will entail is a discretionary one. It is for the Yang di-Pertuan Agong (again, in effect, the Cabinet) to form an opinion whether public security in any area of Malaysia is seriously disturbed …’ – Teh Cheng Poh v PP
Ertinya, Agong kena bertindak mengikut nasihat PM sama ada nak atau tak nak isytiharkan darurat. Pasal itu lah lawyer itu failkan tindakan untuk dapatkan kepastian daripada Mahkamah sama prinsip undang-undang dalam kes Teh Cheng Poh itu masih terpakai atau tak.
Kalau “ya”, jadi kenapa Agong said no to PM?
Yang saya tulis di atas adalah fakta dan undang-undang.
Sekarang saya bagi pendapat saya.
Kalau betul PM nak darurat tetapi Agong menolak, kenapa tiada tindakan susulan diambil oleh PM?
Kenapa AG duduk diam?
Jawapannya cukup mudah.
Kalau TSMY memaksa Agong untuk mengisytiharkan darurat, Agong boleh memecat beliau (atas alasan beliau telah hilang sokongan majoriti) dan melantik PM yang baharu.
Tapi kita tau cara TSMY.
Tak mungkin beliau memaksa Agong.
Lebih kemungkinan TSMY menangis di hadapan Agong, mengadu yang UMNO pun dah buat leceh.
Sekarang TSMY takut kerajaan tak cukup sokongan majoriti untuk luluskan rang undang-undang bajet pun.
So, Agong pun bagi tau lah:
‘Relax TSMY, let me warn them not to sabo the government.
‘Kita jangan buat darurat lagi. Kalau mereka kacau juga, then kita akan fikir balik.’
So, TSMY pun happy lah.
Walaupun beliau tak dapat darurat yang diminta, at least Agong dah bagi validation pada kerajaan sekarang kerana lawan Covid dengan bagus sekali.
P.S. The real loser is DSAI, bukan TSMY.
Apa jadi nombor dia?
Hilang lagi?
Hari itu tu dia statement powerful … dah serah dokumen lah … dah bagi tau angka lah … tapi last last, hangat-hangat tahi ayam.
Guys, nak buat PRU 15 tak boleh sekarang.
Dr Hisham dah naik angin dah.
Nak suruh TSMY letak jawatan, lepas itu nak lantik siapa pula?
Dan kalau isytiharkan darurat, ramai tak happy.
So, cakaplah, apa yang Agong harus buat?
DR. SHAMSHER SINGH THIND