Walaupun ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba merosakkan nama baik Tan Sri Noor Hisham Abdullah, tetapi beliau telah dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia dalam menangani COVID19.
Terbaru, nama beliau telah terpapar pada tabloid antarabangsa The Independent, Singapore dengan tajuk Drs Noor Hisham, Bloomfield and Fauci – Covid’s heroic trio “ (Dr Noor Hisham, Bloomfield dan Fauci – Trio Wira COVID).
Menurut penulis tersebut, hampir setiap petang rakyat Malaysia setia menonton siaran langsung berkaitan COVID-19 yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham. Dengan tenangnya, beliau telah memperincikan perkembangan terkini, dan dengn bersahaja telah bercakap di antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Penulis artikel tersebut menyifatkan Dr Noor Hisham sebagai jurucakap negara tentang usaha negara Malaysia membendung penularan virus ini.
Selain itu, penulis menghargai usaha Tan Sri Dr Noor Hisham mengemaskini keadaan semasa melalui laman Twitternya.
Syabas Tan Sri.