Tazkirah Jumaat

Tazkirah Jumaat

“If you win the morning, you win the day.”

Kata-kata motivasi yang sering kita dengar.

Sebenarnya Nabi kita sudah lama ajarkan kepada kita tentang Solat sunat sebelum Subuh yang ganjarannya lebih baik daripada keseluruhan isi dunia.

Kemudian orang yang solat sunat sebelum subuh, pasti akan Solat Subuh. Clear.

Permulaan untuk win the morning, jangan pula pergi tidur balik.

Kemenangan dah berada dalam genggaman.

Mulakan kerja yang positif.

Baca quran, baca kitab, baca buku-buku yang mencambahkan ilmu pengetahuan dalam apa bidang pun.

Positifkan temo pagi anda dengan aktiviti positif.

Jangan buka media sosial awal-awal pagi.

Terutama yang suka membawang dan kaki troll politik.

Ia akan mengganggu emosi dan pemikiran anda.

Anda akan hilang tempo untuk win the morning.

Buang masa pun juga.

Setelah itu anda buatlah aktiviti rutin anda dengan lebih segar, tenang, dan ceria.

Nak win the morning, preparation kena buat lebih awal pada sebelah malamnya.

Yakni kena tidur awal.

Seeloknya pukul 10.30 ke atas sudah bersedia untuk tidur.

Tidur awal, duration antara 10.30 hingga 1 pagi akan merehatkan tubuh badan.

1 pagi hingga 3 pagi, otak anda akan rehat sepenuhnya.

Ketika ini tidur sangat berkualiti.

Melatonin dalam kepala anda akan berfungsi.

Selepas 3 pagi, kita sudah boleh bersedia untuk bangun tahajud.

Waktu antara 3 pagi hingga Subuh, tidur kita sudah menjadi tidur yang tidak banyak memberikan kelebihan jika kita sudah tidur seawal 10.30 malam.

Waktu ini tidur sudah menjadi tidur yang extension, umpama makan nasi tambah walhal sudah tidak lagi lapar.

Paling malas, bangun tunai solat tahajud 2 rakaat, witir 3 rakaat.

Paling baloq liat, bangun 15 minit sebelum subuh, tunai witir 1 rakaat.

Lepas tu ready ke masjid/surau untuk solat sunat sebelum subuh selepas azan berkumandang.

Semua ini possible kalau kita tidur awal.

Yang jadi baloq liat sebab kita tak ikut sunnah tidur awal.

Kita duk tidoq lewat sebab tengok TV, tengok phone, sembang kat kedai mamak, dan segala macam aktiviti yang kita boleh ejas buat pada waktu lain.

Kita banyak terlepas waktu ibadah yang berkualiti di waktu dinihari, kerana cara manage masa kita tak betul.

Kita banyak terlingkup pagi hari kita kerana kita tak manage untuk win the morning.

Ia menjadi salah satu punca kita mandom dalam kerja buat kita setiap hari.

Less than 50% efficiency.

Sekian

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Islam