Panduan Pakaian Wanita Yang Mematuhi Syarak

Panduan Pakaian Wanita Yang Mematuhi Syarak

SOALAN:

Minta ustaz sebutkan peraturan pakaian menutup aurat apabila seorang perempuan Islam hendak keluar dari rumah untuk kemudahan kami muslimat jadikan panduan.

JAWAPAN:

Untuk memenuhi permintaan puan memadai saya sebutkan di sini apa telah disebut di dalam Kitab Tafsir Rawai’ul Bayan yaitu telah berkata oleh Syeikh Ali As-Sobuni:

Disyaratkan pada pemakaian tudung di sisi syarak akan sebahagian syarat yang tidak dapat tidak yaitu seperti berikut:

Pertama:

Bahawa adalah pakaiannya menutup bagi sekelian badannya kerana firman Allah Taala:

يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جلابيبهن

Artinya: “Hendaklah menutup dengan jilbab akan sekelian badan kaum perempuan.”

Dan sungguhnya kamu telah mengetahui arti jilbab itu ialah pakaian yang labuh yang menutup akan sekelian badannya.

Kedua:

Bahawa adalah pakaiannya itu tebal tidak nipis dari kerana sungguhnya tujuan dari berhijab itu ialah menutup.

Maka apabila pakaian itu tidak bersifat menutup nescaya tidaklah dinamakan hijab kerana ia tidak menegah dari dilihat dan tidak menghalang dari pandangan.

Dan pada hadith Aisyah r.a. bahawasanya Asma’ binti Abu Bakar r.a. telah masuk ia ke tempat Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang nipis lalu Rasulullah saw telah berpaling darinya.

Ketiga:

Tidak ada pada pakaiannya itu perhiasan pada dirinya atau berhias dengan pelbagai warna yang boleh menarik segala pandangan kerana firman Allah Taala:

وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Artinya: “Dan tiada kaum perempuan itu menunjukkan segala perhiasan mereka itu melainkan apa yang ada pada zahir sahaja.”

Keempat:

Bahawa adalah pakaiannya longgar tidak ketat yang tidaklah mensifatkan bentuk badannya dan tidak menampakkan bentuk aurat dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah pada tubuh.

Dan pada kitab Sahih Muslim dari Rasulullah saw baginda telah bersabda:

صِنْفانِ مِن أهْلِ النَّارِ لَمْ أرَهُما، قَوْمٌ معهُمْ سِياطٌ كَأَذْنابِ البَقَرِ يَضْرِبُونَ بها النَّاسَ، ونِساءٌ كاسِياتٌ عارِياتٌ مُمِيلاتٌ مائِلاتٌ، رُؤُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ البُخْتِ المائِلَةِ، لا يَدْخُلْنَ الجَنَّةَ، ولا يَجِدْنَ رِيحَها، وإنَّ رِيحَها لَيُوجَدُ مِن مَسِيرَةِ كَذا وكَذا.

Artinya: “Dua golongan dari ahli neraka yang aku tidak sempat melihat keduanya. Pertama yaitu satu kaum yang yang mempunyai kuasa yang melakukan kekerasan ke atas manusia. Keduanya perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang memalingkan segala orang melihat kepadanya dan yang melihat mereka itu akan orang-orang. Kepala mereka berhias seperti bonggol unta. Tiada mereka ini masuk akan syurga dan tidak mendapat akan bau syurga dan sungguhnya bau syurga itu didapat dari perjalanan sekian dan sekian.”

Kelima:

Bahawa tidaklah mereka melumurkan wangian pada pakaian mereka yang memberi tarikan kepada kaum lelaki kerana sabda Nabi saw:

كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالْمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِى زَانِيَةً

Artinya: “Setiap mata itu melakukan dosa dan perempuan itu apabila memakai ia akan wangian kemudian lalu ia pada tempat orang berada maka dia seperti ini yakni perempuan yang berdosa.”

Hadith Imam Tirmizi.

Keenam:

Bahawa tidaklah pakaian perempuan itu menyerupai dengan pakaian lelaki atau pakaian yang hanya dipakai oleh lelaki kerana hadith Abu Hurairah r.a.:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لُبْسَةَ الْمَرْأَةِ , وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لُبْسَ الرَّجُلِ

Artinya: Telah melaknat oleh Rasulullah saw akan lelaki yang memakai pakaian perempuan dan akan perempuan yang memakai pakaian lelaki.”

Hadith Abu Daud dan Nasaaie dan Ibnu Majah.

Semoga keterangan di atas sudah memadai.Teks asal dari Kitab Rawai’ul Bayan dengan ringkasan:

يُشْتَرَطُ فِي الْحِجَابِ الشَّرْعيِّ بَعْضُ الشُّرُوْطِ الضَّرُوْرِيَّةِ وَهِيَ كَالْآتِي:أَوَّلاً: أَنْ يَكُوْنَ الْحِجَابُ سَاتِراً لِجَمِيْعِ الْبَدَنِ لقوله تعالى: {يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جلابيبهن} . وقد عرفت معنى (الجلباب) وهو الثوب السابغ الذي يستر البدن كلهثَانِياً: أَنْ يَكُوْنَ كَثِيْفاً غَيْرَ رَقِيْقٍ، لأنّ الغرض من الحجاب السترُ، فإذا لم يكن ساتراً لا يسمّى حجاباً لأنه لا يمنع الرؤية ولا يحجب النظر، وفي حديث عائشة أنّ (أسماء بنت أبي بكر) دخلت على رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم وعليها ثياب رقاق، فأعرض عنها رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َثَالِثاً: أَلاَّ يَكُوْنَ زِيْنَةً فِي نَفْسِهِ، أَوْ مُبَهْرَجاً ذَا أَلْوَانٍ جَذَّابَةٍ يُلْفِتُ الْأَنْظَارِ لقوله تعالى: {وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا} [النور: 31]رَابِعاً: أَنْ يَكُوْنَ فَضْفَاضاً غَيْرَ ضَيِّقٍ، لَا يَشِفُّ عَنِ الْبَدَنِ وَلَا يُجَسِّمُ الْعَوْرَةِ، وَلَا يُظْهِرُ أَمَاكِنَ الْفِتْنَةِ فِي الْجِسْمِ، وفي «صحيح مسلم» عن رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم َ أنه قال: «صنفان من أهل النار لم أرهما: قومٌ معهم سياط كأذناب البقر يضربون بها الناس، ونساءٌ كاسيات عاريات، مميلات مائلات، رؤوسهن كأسنمة البخت المائلة، لا يدخلن الجنّة ولا يجدن ريحها وإن ريحها ليوجد من مسيرة كذا وكذا» . وفي رواية أخرى: وإنّ ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام. «رواه مسلم.خَامِساً: أَلاَّ يَكُوْنَ الثَّوْبُ مَعَطَّراً فِيْهِ إِثَارَةٌ لِلِّرِجَالِلقوله عَلَيْهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام ُ: « كُلُّ عَيْنٍ زَانِيَةٌ وَالْمَرْأَةُ إِذَا اسْتَعْطَرَتْ فَمَرَّتْ بِالْمَجْلِسِ فَهِيَ كَذَا وَكَذَا يَعْنِى زَانِيَةً »سَادِساً: أَلاَّ يَكُوْنَ الثَّوْبُ فِيْهِ تَشَبُّهٌ بِالرِّجَالِ، أَوْ مِمَّا يَلْبَسُهُ الرِّجَالُ لحديث أبي هريرة: (لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلَ يَلْبَسُ لُبْسَةَ الْمَرْأَةِ , وَالْمَرْأَةَ تَلْبَسُ لُبْسَ الرَّجُلِ)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Soal Jawab