Presiden Perancis Emmanuel Macron membayar 10 juta Euro dan membebaskan 200 tahanan untuk ditukar dengan seorang mubaligh Perancis Shopie Petronin yang ditahan di Mali.
Lalu dia menyambut kedatangan Shopie di lapangan terbang.
Tetapi yang terjadi ialah Shopie Petronin seorang mubaligh Kristian di Mali dan ditahan oleh kelompok Islam itu ternyata telah mendapat hidayah Allah dan memeluk Islam serta mengubah namanya menjadi Mariam.
Status Mariam sebagai seorang wanita muslimah hanya diketahui setelah disambut dengan penuh penghormatan oleh Macron yang telah banyak berkorban untuk membebaskan Mariam.
Presiden Perancis tersebut sering menzahirkan kebenciannya terhadap Islam.
Terkini, dia mengatakan bahawa Islam ialah agama bencana dan pembawa krisis.
Melalui Mariam, Allah SWT telah memalukan dirinya di hadapan rakyatnya.
Alhamdulillah..
Berikut ialah pesanan daripada Mariam Petronin, wanita kulit putih Perancis yg telah memeluk Islam, kepada Presiden Perancis Macron.
Tuan Macron,
Kedamaian bagi mereka yang mengikuti petunjuk dan berikutnya saya menerima bahawa anda hairan bagaimana Sophie Petronin, seorang wanita Perancis ras kulit putih murni, Kristian Katolik telah memeluk Islam setelah 75 tahun menjadi Kristian dan setelah 4 tahun berada dlm tahanan umat Islam.
Izinkan saya meringkaskan segalanya untuk anda Tuan Macron..
Ya, saya seorang tawanan muslim tetapi mereka tidak pernah menyentuh saya dengan perlakuan keji dan mereka melayan saya dengan penuh penghargaan dan penghormatan.
Mereka memberikan saya makanan dan minuman dan mempengaruhi saya dengan keperibadian mereka sendiri meskipun kuasa tersebut jarang berlaku dan mereka menghormati privasi saya.
Mereka tidak pernah mendera saya secara lisan atau fizikal dan mereka tidak pernah menghina agama saya, Jesus atau Perawan kedamaian ke atas mereka berdua seperti yang anda lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW.
Mereka tidak memaksa saya memeluk Islam tetapi saya melihat akhlak mereka sebagai orang-orang yang sentiasa menyucikan diri dengan air dan berdoa kepada Tuhan, solat lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadan.
Tuan Macron,
Muslim di Mali memang miskin.
Ya, negara mereka miskin.
Tidak ada Menara Eiffel dan mereka tidak tahu kemasyhuran minyak wangi Perancis kita tetapi mereka ialah yang paling bersih daripada kita dan memiliki hati yang paling murni.
Ya, mereka tidak memiliki kenderaan mewah dan tidak mendiami menara-menara yang tinggi tetapi mereka memiliki sifat keprihatinan yang lebih tinggi daripada awan dan mempunyai keimanan yang lebih teguh daripada gunung-ganang.
Tuan Macron,
Pernahkah anda mendengar bacaan Al-Quran dalam hidup anda, ketika mereka membaca Al-Quran dalam doa mereka di waktu fajar dan di waktu malam?
Betapa indahnya bacaan tersebut bahkan jika anda tidak mengerti apa yang mereka lantunkan, tubuh anda akan gementar ketika mendengar mereka melantunkan firman Tuhan kerana mereka mengingatinya dengan hati.
Kemudian anda menyedari dalam fikiran bawah sedar anda bahawa ini bukanlah ucapan manusia melainkan melodi syugawi yang turun dari langit dan anda memiliki keinginan yang kuat untuk mengetahui apakah maksud daripada apa yang mereka nyanyikan di waktu fajar dan di waktu malam hari daripada kata-kata pujian syugawi.
Tuan Macron,
Sudahkah anda melakukan sujud dalam hidup anda untuk Tuhan, membuatkan dahi anda menyentuh tanah dan berbisik kepada Tuhan tentang kebimbangan anda dan berterima kasih kepada-Nya atas berkat-Nya seperti yang mereka lakukan?
Pernahkah anda merasakan kedekatan Tuhan dengan anda dan kedekatan anda dengan-Nya?
Tuan Macron,
Wanita mereka hitam seperti arang, tetapi hati mereka putih seperti susu.
Mereka memakai pakaian yang sederhana tetapi di mata lelaki-lelaki mereka, mereka adalah wanita yang paling cantik.
Tidak ada seorang pun daripada wanita mereka yang bergaul dengan lelaki-lelaki asing, tidak menggoda mereka dan tidak membenarkan seorang lelaki pun masuk ke dalam rumahnya tanpa kehadiran suaminya.
Mereka tidak minum alkohol, tidak bermain judi dan tidak berzina.
Tuan Macron,
Kaum muslimin di sana percaya kepada semua Nabi, bahkan Nabi Tuhan Jesus yang mereka cintai lebih daripada kita.
Juga ibunya, Mariam yang saya namakan diri saya mengikut namanya kerana cinta dan penghormatan mereka yang besar terhadap Mariam dan kedudukannya.
Tuan Macron,
Anda mungkin bertanya kepada saya bagaimana mereka mencintai Tuhan Kristian (Allah, Nabi Isa dan Mariam) daripada kita?
Saya menjawab bagi pihak anda, ya, mereka mencintai Tuhan Kristian lebih daripada kami kerana negara kami menumpahkan darah orang yang tidak bersalah atas nama Kristian, negara mereka menjadi sunyi dan kekayaan mereka dijarah, jadi kami menikmati barang-barang dari negara-negara muslim dan kami memindahkan cukai daripada penguasa mereka dengan berbagai cara dan kami melaksanakan projek komersial secara paksa dan kepenggunaan yang tidak berkembang kepada mereka dan menyebarkan hasutan di antara mereka kemudian menjual senjata untuk membunuh satu sama lain, tetapi kami tetap menganggap mereka sebagai pengganas ketika mereka menyedari bahawa kami ialah pengganas yang sebenar bukannya mereka.
Tetapi mereka memperlakukan saya dan saudara lainnya dengan moral Kristian yang kami pelajari di gereja-gereja tetapi kami tidak menerapkannya dalam realiti kehidupan kami.
Tuan Macron,
Kesimpulannya, saya tidak ingin mendeklarasikan Islam saya di Mali sehingga saya tidak akan dikatakan telah memeluk Islam di bawah pedang dan saya memutuskan untuk mendeklarasikan Islam saya ketika saya telah bebas di tanah Prancis untuk menyampaikan mesej Islam kepada jutaan orang Perancis dan Eropah dengan sekutu Kristian dan atheisnya secara keseluruhan.
Tuan Macron,
Agama Islam yang kamu perangi siang dan malam ini telah menggerakkan hati saya dan memenuhi fikiran saya.
Saya tidak lagi melihat Perancis dengan keindahan dan kemasyhurannya.
Mali lah yang paling indah daripada gaya kehidupannya yang miskin dan sederhana.
Bahkan saya telah memutuskan untuk kembali lagi ke Mali setelah saya mengajak keluarga dan orang yang saya cintai memeluk Islam.
Kerana saya ingin mereka merasakan betapa manisnya apa yang telah saya rasakan daripada penyembahan kepada satu-satunya Tuhan yang untuk-Nya tidak ada Tuhan selain Dia, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penyayang dan saya inginkan kebaikan buat mereka di dunia ini dan di akhirat.
Saya juga mengundang anda memeluk Islam dan mengulang kembali pengakuan anda dengan agama yang besar ini, yang juga merupakan pesanan daripada semua Nabi dan Rasul dari zaman Adam, melewati Jesus Kristian dan diakhiri dengan Muhammad SAW ke atas Baginda kedamaian dan kesejahteraan bagi mereka yang mengikuti petunjuk.
Mariam Petronin