Memahami Sistem Electoral College Pemilihan Presiden Amerika Syarikat

Memahami Sistem Electoral College Pemilihan Presiden Amerika Syarikat

Hari ini, 3hb November 2020 bermulalah pengundian oleh 128 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) untuk memilih presiden setiap empat tahun sekali.

Ini adakah kali ke 59 rakyat AS memilih presiden.

Adakah Donald Trump akan dapat mempertahankan jawatan untuk penggal kedua ataupun kerusi presiden di Rumah Putih milik Joe Biden?

Namun demikian rakyat AS bukanlah memilih presiden secara terus, yakni pemenang bagi pemilihan presiden bukan dari undi popular yang diperolehi oleh calon presiden.

Yang uniknya pemenang akan ditentukan oleh bilangan Electoral College atau Lembaga Pemilihan yang berjumlah 538 orang dari 50 buah negeri-negeri dan wilayah khas yang ditadbir dari pusat.

Bilangan penduduk di sesebuah negeri di AS akan menentukan berapa bilangan undi elektoral yang diperlukan dalam Lembaga Pemilihan itu.

Contohnya California sebagai negeri terbesar dengan diperuntukan 55 orang, Texas 38 orang, New York 29 orang.

Bagi negeri-negeri yang kecil dan terpencil seperti Alaska, Delware, Vermont dan Wyoming pula masing-masing hanya memperolehi 3 pengundi dalam Lembaga Pemilihan.

Seorang calon Presiden sekurang-kurang harus memperolehi 270 undi elektoral bagi melayakkannya memenangi jawatan Presiden AS.

Siapa pula yang menganggotai Lembaga Pemilihan ini?

Kebiasaannya mereka dipilih dalam konvensyen parti di negeri-negeri tersebut.

Bermakna para pengundi dalam pilihanraya presiden akan memberikan undi kepada anggota dalam Lembaga Pemilihan yang kemudiannya memilih Presiden AS.

Mengikut peraturan pemilihan, jika sesuatu parti memenangi pilihan dalam negeri melebihi 50% undi maka keseluruhan undi elektoral akan disapu habis.

Contohnya jika undi Electoral College di California ialah 28 undi, maka keseluruhan 55 undi dari California adalah milik parti tersebut yang akan mencalon presiden.

Negeri-negeri yang menjadi tumpuan utama ini dinamakan “swing states”.

Di AS terdapat empat buah parti politik, namun yang dikenali ramai hanyalah dua parti iaitu Demokrat yang lebih liberal.

Sebab itulah kita selalu sebutkan sebagai Liberal Demokrat.

Manakala parti Republican bercorak konservatif.

Wakil dari Republican ialah Donald Trump, manakala calon dari Demokrat ialah Joe Biden yang pernah menjadi Naib Presiden kepada Barack Obama.

Jika Joe Biden terpilih, beliau merupakan presiden AS yang tertua pernah dipilih dalam usia 77 tahun semasa pemilihan.

Sebelum ini Donald Trump adalah pemegang rekod presiden paling tua apabila menjawat sebagai presiden di usia 70 tahun.

Kini Donald Trump berusia 74 tahun.

Setakat ini undi popular diraih oleh Joe Biden dalam tinjauan umum dan konvensyen parti, namun ia tidak bermakna Joe Biden akan terpilih sebagai Presiden AS kali ini.

Apakah akan berulang sejarah di tahun 2016 di mana Hillary Clinton memenangi undi popular tetapi kalah dalam undi Electoral College kepada Donald Trump.

Begitu juga Al Gore dari parti Demokrat yang memenangi lebih 500 ribu undi popular tetapi kalah kepada Geoge W Bush dari Republican melalui undi Electoral college dengan undi tipis 271 undi sementara Al Gore mendapat 266 undi Electoral dalam pemilihan presiden di tahun 2000.

Megat Hisemudin Megat Kasim

Luar Negeri