PAN Bakal Tinggal Batu Nesan?

PAN Bakal Tinggal Batu Nesan?

Pada PRU 14, PAS menang 18 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN secara solo.

PAN menang 11 kerusi parlimen dan 29 kerusi DUN dengan pertolongan undi DAP, PKR,PPBM.

Kini PRU 15 mungkin akan dipercepatkan.

Mari kita lihat macam mana peluang PAN pada PRU 15 nanti.

Majoriti tertinggi YB PAN di peringkat DUN ialah 18.3% di DUN N3, Kedah.

Sementara ahli Parlimen PAN (top 3) tiga teratas ialah Mohamad Sabu P111 (majoriti 35.75%), Salahuddin Ayub P161 (majoriti 23.14%), Khalid Samad P108 (majoriti 17.38%).

Pada PRK Tanjung Piai MN menang dengan majoriti 23.7% dan di Slim 19.6%.

Kalau sentimen penolakan PH kekal ke PRU 15, hanya Mohamad Sabu sahaja yang masih mampu mengatasi majoriti MN pada PRK Tanjung Piai.

Sementara kalau kita ambil majoriti di Slim, hanya Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub yang mampu memenangi 2 kerusi parlimen.

Itulah mungkin 2 kerusi PAN yang akan tinggal pada PRU 15 nanti.

Apa pun, Allahlah yang Maha berkuasa menentukan segalanya.

Mungkin PAN akan menang lebih dari 2 kerusi, atau mungkin tidak menang langsung.

Kerajaan PH pun boleh jatuh selepas 22 bulan.

Siapa sangka. Itulah kuasa Allah.

Dr Muslim

Politik