Berlaku Adillah Dalam Mengkritik

Berlaku Adillah Dalam Mengkritik

Berita Tragis Siti Nur Surya

Gadis 19 Tahun

Apa Reaksi Wartawan?

Seorang gadis 19 tahun maut, dengan pergelangan tangan terputus di Hulu Terengganu.

Cerita menyayat hati ini lebih pilu apabila suspek adalah rakan sekolah mangsa.

Finally, someone spoke this out.

Letih melihat masyarakat kita yang meletakkan kata-kata yang kurang baik atas nama simpati padahal tanpa disedari kita seolah lupa di belakang kita ada anak-anak, keluarga dan generasi mendatang yang akan lahir.

Bagaimanakah kita boleh menjamin kesejahteraan keluarga kita sendiri dan dalam masa yang sama kita menulis perkataan ‘pembunuh’, ‘kejam’ di akaun media sosial suspek.

Jika benar pun apa yang ditulis itu, sekurang-kurangnya jagalah sensitiviti semua pihak.

Bukan mahu memenangkan sesiapa, sekurang-kurangnya hantarkanlah doa yang baik kepada arwah dan OKT tersebut.

Bukan menuduh layaknya kita malaikat tak berdosa.

Kita ini terlihat baik pun kerana Allah menutup segala aib dan busuknya dosa kita.

Kita menghukuminya seolah kita ini tiada dosa, dan seolah kita lupa bahawa kita ada Allah untuk menghakimi segalanya.

Saya berdiam diri daripada mengulas isu ini kerana apa yang terbit dari hati saya ketika mendengar kes ini adalah rasa kesian dan simpati.

Sampai hari ini walaupun disebut rakannya yang membunuh, masih tidak terbit di hati ini mahu mengatakannya jahat atau seumpama itu.

Saya tetap mendoakan semoga adik ini kembali kepada Allah dan mungkin taubatnya lebih mahal daripada kita.

Berhukumlah dengan hukuman Allah.

Salah tetap salah.

Tetapi bukan syarat untuk kita melemparkan kata yang tak bertapis kepadanya.

Projek Solo

Isu Semasa