DAP Banga Menjarah RM54 Bilion Duit Petronas

DAP Banga Menjarah RM54 Bilion Duit Petronas

Lim Guan Eng dan Wong Shu Qi janganlah bangga sangat dengan ‘kejayaan’ pentadbiran PH dengan peningkatan pendapatan negara sebanyak 13.5% itu kerana sumbangan terbesar peningkatan tersebut sebenarnya datang dari penjarahan wang PETRONAS.

Ibarat bapa ambil duit anak sendiri, kemudian heboh duit sendiri sudah bertambah.

Inilah lagaknya PH.

Untuk rekod, PETRONAS telah dijarah sebanyak RM54 billion tahun lalu termasuk RM30 billion dalam bentuk ‘special dividend’.

Inilah faktor utama peningkatan hasil seperti yang disebut dalam Laporan Ketua Audit yang cuba dibangga-banggakan!

Guan Eng dan Wong Shu Qi bahkan patut malu kerana selepas pembayaran inilah Moody’s menurunkan penarafan kredit PETRONAS dari A1 ke A2.

Mengelirukan rakyat dengan fakta sekerat dari Laporan Ketua Audit Negara untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Kenapa tidak warwarkan sekali bagaimana kerajaan kehilangan pendapatan cukai yang tidak sikit jumlahnya ketika ‘tax holiday’ selama tiga bulan sewaktu transisi GST ke SST tempoh hari?

Kenapa Guan Eng tidak sebut sekali perbelanjaan mengurus sebenar kerajaan PH yang berjumlah RM263.343 bilion, tersasar dari perbelanjaan mengurus yang diluluskan pada tahun lepas iaitu sebanyak RM260.547 bilion?

Kenapa Guan Eng dan Shu Qi tidak sebutkan sekali tentang perbelanjaan pembangunan untuk kementerian dan jabatan persekutuan yang telah dibelanjakan pada 2019 adalah sebanyak RM54.173 bilion, tersasar 104.6% berbanding peruntukan yang diluluskan pada tahun 2019?

Kenapa tidak nyatakan juga hutang kerajaan persekutuan berjumlah RM792.998 bilion, MENINGKAT sebanyak 7% berbanding RM741.094 bilion pada 2018?

Ini tidak termasuk lagi bagaimana ‘hebatnya’ tadbir urus PH sehingga pasaran saham kita jatuh menjadi antara yang tercorot di dunia.

Auta dan PH sememangnya diibaratkan seperti aur dengan tebing.

Memang tak boleh dipisahkan langsung.

Ir. Ts. Khairil Nizam

Ekonomi