Hanya 80 Orang Ahli Parlimen (MP) Dibenarkan Berada Dalam Dewan

Hanya 80 Orang Ahli Parlimen (MP) Dibenarkan Berada Dalam Dewan

Walaupun hanya 80 orang Ahli Parlimen (MP) dibenarkan berada dalam dewan, bukan bermakna yang lain tak boleh masuk terus dan tak boleh bahas atau undi.

Ini yang netizen perlu tahu:

1. 80 MP tu untuk satu-satu masa. 41 kerajaan, 39 pembangkang (represent kedudukan dan komposisi di Parlimen).

Mereka akan bergilir-gilir mengikut jadual berbahas.

2. Dah tu MP yang tak duduk Dewan duduk mana?

Mereka boleh duduk di Blok Pentadbiran baru yang kat belakang tu.

Kat situ ada bilik semua MP.

Dalam tu juga ada TV untuk ikuti perbahasan.

3. Lepas tu macam mana nak mengundi?

Masa mengundi nanti semua 222 MP boleh berada dalam dewan, bukan 80 orang je.

So pengundian dibuat seperti biasa.

4. Macam mana nak tahu ada pengundian?

Dewan akan bunyikan loceng selama 2 minit.

Lepas tu Dewan ditempohkan (berhenti sekejap) untuk 10 minit, lepas tu loceng dibunyikan lagi sekali 2 minit.

Cukup masa untuk MP semua kembali berada di Dewan waktu pengundian (unless kau berada kat luar KL lah kan)

5. Adakah kerajaan sengaja nak sekat Pembangkang?

C’mon, benda ni dah dibincangkan bersama dan dipersetujui ketua-ketua whip termasuk whip Pembangkang.

Tanyalah whip korang kenapa setuju

Terima kasih

Nazrul Nazir

Dalam Negeri