Survival Jati Diri Melayu Islam: Orang Melayu Tunggu Apa Lagi?

Survival Jati Diri Melayu Islam: Orang Melayu Tunggu Apa Lagi?

Memasuki bulan November 2020 ini, semua Dewan Undangan Negeri (DUN) telah bersidang.

Di sebalik kekalutan kerana wabak Covid 19 dan usaha PH menggagalkan Bajet 2021 di Dewan Rakyat hari ini, perhatian rakyat tertumpu kepada isu baju Melayu atau baju kebangsaan di DUN Selangor.

Di DUN itu, ahli-ahli yang berhormat telah diberi amaran kerana masuk ke dewan yang mulia berbaju kebangsaan.

Arahan dan amaran itu adalah suatu yang sangat janggal di sebuah negeri Melayu yang sultannya masih bertakhta.

Menteri Besarnya Melayu dan ramai pula ADUN-nya yang berbangsa Melayu.

Kenapa jadi demikian?

Satu sahaja puncanya.

Kerana Speaker DUN Selangor adalah berbangsa DAP.

Sikap cauvenis, anti-Melayu dan Islamopobia hampir tidak dapat dielakkan daripada DAP.

Mereka memusuhi Islam dan Melayu seperti negara ini memusuhi komunis satu masa dahulu.

Di Kelantan, sejak dua hari lepas, DUN mereka juga bersidang.

Tiada DAP di Kelantan.

Semua ADUN-nya Melayu, kecuali seorang Cina Muslim mewakili DUN Kota Lama.

Menteri Besar orang PAS, Speaker juga orang PAS.

Semua ADUN hadir persidangan berbaju Melayu dan tiada sebarang amaran yang dikeluarkan oleh Speaker DUN Kelantan terhadap ADUN-ADUN yang berbaju Melayu itu.

Bukan itu sahaja, jika dilihat pada tanda nama setiap ADUN di meja mereka, ia ditulis menggunakan tulisan Jawi.

DUN Kelantan benar-benar mengangkat jati diri Melayu Islam.

Hari ini ada orang Melayu yang betungkus-lumus mempertahankan DAP, menjilat DAP dan sanggup menjadi khadam DAP.

Adakah mereka tidak melihat bagaimana DAP telah perlakukan kepada agama dan bangsanya sendiri?

DAP sekeras-kerasnya menolak negara Islam.

DAP menentang hudud.

DAP membantah pindaan RUU355.

DAP memperleceh tulisan Jawi.

DAP melarang ADUN berbaju Melayu.

Dalam masa yang sama, DAP mendesak Perdana Menteri supaya memberikan peruntukkan besar kepada sekolah dan kolej orang Cina dalam Bajet 2021.

Di mana maruah, harga diri dan air muka orang Melayu yang menyokong dan mempertahankan DAP.

Adakah mereka menjual maruah agama, semata-mata hendak membeli kuasa di Putrajaya?

Adakah mereka menjual harga diri bangsa, semata-mata hendak beli sokongan bangsa asing?

Adakah mereka menjual air muka mereka sendiri, kerana membeli kepentingan duniawi?

Mereka sepatutnya sedar, perjuangan adalah untuk anak bangsa generasi kita pada masa hadapan, bukan untuk mengisi tembolok mereka sahaja.

Ayuh orang Melayu Islam!

Apa yang kita boleh belajar dari DUN yang bersidang di Kota Bharu dan di Shah Alam.

Siapa yang mempertahankan hak dan jati diri agama dan bangsa tuan-tuan?

Adakah kita mahu agama dan bangsa kita terus diperolok-olokkan.

Terus menjadi bahan mainan puak-puak yang tidak mengenang jasa negeri yang ditumpang.

Jika kita mahu agama dan bangsa kita terus dipertahan, ikutlah sikap orang Kelantan.

Mereka memilih parti yang mempertahan agama dan bangsa mereka sebagai pimpinan dan kerajaan.

Jika kita terus membuat silap, suatu hari bangsa kita akan bungkam!

Mohd Fadli Ghani

Isu Semasa