Keperluan Adanya Jasa(?)

Keperluan Adanya Jasa(?)

Kenapa DS Najib masih cool walaupun BN kalah PRU14?

Sebab dia dah dapat maklumat yang BN mungkin tumbang, hasil risikan JASA.

Kenapa pemimpin PH masih meroyan selepas kerajaann PH tumbang?

Sebab tak ada JASA.

Tak ada risikan terhadap mood rakyat, sentimen rakyat, pergerakan pembangkang dan sebagainya.

Masing-masing syok sendiri dengan jawatan, selesa dengan kedudukan, pakat buat menteri ziarah sesama menteri, tak kisah ponteng parlimen secara berjamaah, memandang remeh perlaksanaan manifesto dan lain-lain.

Sentimen dalam kalangan rakyat tak ada kajian rasmi.

Harap cybertruper murahan buat kerja, syok dengan data dan maklumat murahan.

Maka tak ada plan tindakan untuk perbaiki mood dan rakyat.

JASA ni bukan hanya untuk propaganda Politik semata.

Ia juga sebagai ‘risikan’ terhadap sentimen sosial dan ekonomi grass root.

Bahkan menjadi satu badan pertahanan kepada gerakan-gerakan senyap untuk menceroboh negara, melalui data-data yang diperloleh.

Zaman ini penjajahan boleh berlaku tanpa peperangan.

Kalau ikut zaman PH yang mansuhkan JASA, kita lihat pelbagai isu yang panas ditimbulkan tanpa dapat dibalas oleh kerajaan.

Isu lambang salib pada bangunan, isu evangelism, isu abu mayat Chin Peng dan sebagainya.

Semuanya cybertruper murahan nak kena handle.

Nama pun cybertruper murahan, hanya boleh bagi tuan dia syiok saja, bukan boleh hentikan sentimen.

Jadi JASA diperlukan.

Giler, saya pi sokong JASA la pulak.

Banyak kot RM85 juta.

Rakyat tengah susah.

Saya pun tak setuju jumlah sebesar itu diperuntukkan untuk JASA.

Tapi saya cuba heret kepada kemungkinan perkara positif daripada JASA.

Entah betul entah tidak apa yang saya tulis.

Dr Tanaka Mustafa

Isu Semasa