Umany kata YDP Agong tak seharusnya masuk campur urusan kerajaan.
Kenyataan berbaur hasutan ini dikeluarkan kerana Agong suruh MP semua sokong rang undang-undang yang akan diusulkan oleh kerajaan selepas ucapan bajet.
Umany beranggapan bahawa rakyat (yang bertindak melalui wakil rakyat) yang menentukan sesuatu undang-undang diluluskan atau tidak, bukan Agong yang tentukan.
Aku nak tanya Umany, dah lupakah yang baru-baru ni PM minta darurat, tapi Agong tak bagi perkenan sampai PM pun terpaksa akur?
Kalau ikutkan logik Umany, Agong kena isytiharkan darurat lah.
Tapi tak. Tuanku menggunakan kebijaksanaan Tuanku untuk menolak permintaan PM, walaupun menurut Perlembagaan Persekutuan, seperti yang ditafsirkan oleh Majlis Privy (Mahkamah tertinggi Malaysia ketika itu), bahawa Agong tidak berkuasa untuk menolak permintaan PM isytiharkan darurat?
Ketika itu DAP happy gila … Umany pun happy juga.
Kenapa ketika itu tak kata Agong jangan masuk campur urusan kerajaan?
P.S. Umany ni bukan tak suka Agong masuk campur.
Depa cuma tak suka Agong masuk campur dan bagi arahan yang tidak menyebelahi mereka.
Bagaikan seorang pelacur yang bukan tak nak tidur dengan kamu, cuma tak nak tidur kalau tak dibayar.
Itu masalahnya.
Cakap macam bermoral sangat tapi sebenarnya semuanya urusan perniagaan.
Dalam bahasa Hindi, kita sebut, “sab ganda hain par dhanda hain”.
Yakni ia kotor tapi ia adalah perniagaan.
DR. SHAMSHER SINGH THIND