Polis Perancis Menginterogasi Kanak-kanak Muslim Kerana Tidak Menyukai Kartun Menghina

Polis Perancis Menginterogasi Kanak-kanak Muslim Kerana Tidak Menyukai Kartun Menghina

Polis Perancis menyerbu kediaman empat anak sekolah di atas alasan “memuliakan keganasan” kerana kanak-kanak berusia 10 tahun itu tidak menyetujui karikatur menghina nabi Muhammad.

“Kami bangun dengan polis bersenjata di pintu kami.

“Sekitar 10 daripadanya menyerbu masuk ke rumah kami dengan senjata laras panjang.

“Anak-anak terbangun dari tidur mereka dan mereka mengumpulkan kami di ruang tamu dengan baju tidur kami.

Mereka membuat kami duduk ketika mereka mencari-cari di rumah tetapi bilik anak perempuan saya lebih rapi, memeriksa buku-bukunya dan juga mengambil gambar bingkai kaligrafi Islam yang ada di dinding kami.”

“Polis menyoal kami, saya dan isteri masing-masing selama dua jam bertanya,” adakah anda pergi ke masjid untuk bersolat?

Sekiranya demikian, adakah anda membawa anak-anak anda?

Adakah anda mempunyai tugas di masjid?

Apa pendapat anda mengenai karikatur?

Saya katakan kepada mereka, nabi kita sayang kepada kita semua, semua umat Islam dan kita tidak menganggapnya sesuai untuk menghina baginda.

Tetapi saya juga memberitahu mereka, kami tidak menyokong pembunuhan guru tersebut.”

Luar Negeri