UEC! UEC! Tak Habis-Habis UEC Sahaja!

UEC! UEC! Tak Habis-Habis UEC Sahaja!

Selepas pembentangan bajet 2021, muak melihat 2 parti asyik bicara UEC saje.

Saya tak halang MCA dan DAP memperjuang untuk UEC.

Kita kena tahu, UEC tidak diiktiraf dibawah sistem pendidikan kita.

UEC merupakan pendidikan swasta.

Sistem kita ada SK, SJKC, SJKT, SMK, SMJK, STPM, STAM, Matrikulasi, IPTA, dan sebagainya…

Saya produk SJKC, SMK STPM dan IPTA.

Saya bersyukur sistem pendidikan yang kita sedia ada.

UEC bukan pilihan saya dan sudah pasti bukan pilihan anak dan cucu saya.

Saya juga percaya ia bukan pilihan perdana bagi kebanyakan bangsa Tiong Hua.

Bagi sesiapa yang memilih UEC atas tanggapan ia lebih berkualiti, tahniah saya ucapkan dan semoga anda berjaya.

Sekiranya pemilihan anda berdasarkan persepsi bahawa UEC merupakan sumber kebudayaan masyarakat Tiong Hua dan rasa terkianat kalau tak melalui UEC…

Anda adalah amat sangat tersilap sama sekali!

Kita kena melihat isu pendidikan dalam rangka yang lebih luas dalam konteks Malaysia.

Banyak isu kita harus menitikberatkan dalam sistem kita seperti:

Mutu dan kualiti pengajaran, keselamatan sekolah khususnya sekolah rendah, masalah buli masalah samseng dan paling tenat sekali adalah isu pelajar terbabas atau tersasar daripada alam persekolahan dalam usia yang muda…

Bicara pendidikan harus secara keseluruhan lagi sesuai untuk rakyat Malaysia.

Inilah arus perjuangan bapa pengasas Parti Gerakan, dan kita harus meneruskan momentus perjuangan Gerakan ini!

Sekian.

Mak Kah Keong 麦嘉强
Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia

Pendidikan