Sejak Jumaat sudah apabila Budget 2021 di bentangkan oleh Menteri Kewangan terdapat beberapa peruntukan yang mendapat perhatian PH.
Kita tidak mahu menyentuh peruntukan untuk sekolah vernakular kerana itu memang menjadi agenda pihak ultra kiasu biarpun ianya melanggar perlembagaan yang telah termaktub.
Untuk mereka kami peduli apa asal demi kepentingan kaum dan pengaruh serta sokongan yang diraih.
Penubuhan kembali Jabatan Hal Ehwal Khas atau JASA menjadi satu isu besar.
Tiba-tiba terdengar suara yang tidak berpuas hati dengan penubuhan JASA dan peruntukan kepada badan itu.
Soalannya apa yang sangat di takuti.
Pandangan ini bukan hendak menyebelahi sesiapa.
Soalan nya ialah apabila kerajaan PHDAP 22 Bulan mengambil alih pemerintahan negara ini perkara pertama dibuat ialah membubarkan JASA dengan seribu orang kakitangan dibuang kerja.
Sewaktu itu Menteri Komunikasi D4PH berjanji akan menyerapkan kakitangan ini ke jabatan lain kerana kebanyakan mereka yang dilantik di bawah JPA dan SPA dengan kelulusan yang asli bukan seperti Menteri PHD4P yang sijil pun entah Universiti antah berantah dibelinya.
Ada pula cuma ada Ijazah Ekonomi mengaku pula ada sijil Akauntan.
Bayangkan seribu orang teranianya dengan dua atau tiga mulut lagi perlu disuap menjadikan antara dua hingga tiga ribu menitis air mata kesedihan berpunca dari pemerintah yang tidak peduli dengan orang bawahannya.
Adakah kita peduli kepada mereka-mereka ini.
Mungkin ada orang akan berkata peduli apa, kan mereka kerja dengan kerajaan BN dulu.
Sekarang kerajaan PH 22 Bulan.
Persoalannya di mana keperhatian pemerintah kepada warga kerjanya.
Apa salah mereka, adakan kerana bekerja di bawah JASA, lalu di hukum begitu rupa tanpa ada simpati dan pembelaan.
Bukan kah mereka juga penjawat awam yang perlu diberi perhatian dan dibela dengan saksama.
Didalam riuh pikuk tentang JASA ada pula suara supaya peruntukan RM85.5 juga di beri kepada bekas tentera, kita bukan memusuhi para parajurit dan bekas tentera malah kita amat menyanjungi dan sentiasa bersama mereka.
Soalannya kepada Pak Brigider Jeneral bermedal banyak di dada sewaktu kerajaan PH 22 Bulan memerintah ada suara seorang Taikun dan penyokong kuat PHD4P Perak mengatakan Tentera hanya makan dan tidur jadi perlu hantar bekerja di ladang sawit sahaja.
Ada kamu membalas celaan itu?
Tidak salah mereka yang dizalimi dahulu mungkin dapat kerajaan PN sekarang menyantuni mereka dengan mengembalikan jawatan atau pekerjaan yang mereka pernah jawat dulu.
Peranan JASA boleh diperluaskan dengan menerangkan kepentingan menjaga keharmonian sesama kaum melalui tuntutan Islam yang memerintah dan Islam sentiasa bersikap adil.
Apa salahnya secara tidak langsung kerajaan menyediakan pekerjaan untuk mereka yang tertindas dahulu dan generasi sekarang yang bergelut mencari rezeki dalam kegawatan Pandemik Covid19.
Tidak terfikirkah kita, kemungkinan do’a dari seribu orang bekas petugas JASA yang di berhentikan kerja, mereka yang dizalimi dahulu terdapat seorang yang Allah makbulkan do’a nya menyebabkan kerajaan PHD4P cuma bertahan 22 bulan sahaja.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Takutlah kepada doa kaum yang teraniaya, lantaran tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)”.
(HR Bukhari).
Didalam hadith yang lain:
Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang di antaranya untuk diterima oleh Allah.”
(HR Ahmad)
THR