MP PAS Pasir Mas YB Ahmad Fadhli Shaari mengatakan bahawa Sokongan Bersyarat bersandarkan Pengeluaran “One Off” Wang KWSP RM10 Ribu dan Moratorium secara Pukal yang diletakkan oleh Datuk Sri Najib adalah Ibarat Hikayat Puteri Gunung Ledang kerana:
1. Pengeluaran “One Off” Wang KWSP RM10 Ribu TIADA KENA MENGENA dengan BELANJAWAN 2021.
2. MORATORIUM secara PUKAL juga TIADA KENA MENGENA dengan BELANJAWAN 2021.
3. Pengeluaran “One Off” Wang KWSP RM10 Ribu dan Moratorium secara PUKAL ini hanya PERLU DILULUSKAN dalam MESYUARAT KABINET MENTERI.
Kenapakah sesuatu yang hanya perlu DILULUSKAN dalam mesyuarat Kabinet Menteri dan tiada kena mengena dengan BELANJAWAN perlu dijadikan Syarat?
Walaupun Cadangan Datuk Sri Najib ini Amat Baik dan Prihatin terhadap Rakyat tetapi ia tidak perlu menjadi Syarat kelulusan Belanjawan.
MP hanya perlu fokus dan membuat keputusan adakah BELANJAWAN ini Benefit terhadap Rakyat.
Untuk yang lain maka Datuk Sri Najib perlu berbincang dengan Menteri-menteri dari kalangan UMNO usulkan dan desak dalam mesyuarat Kabinet Menteri.
MP PAS pada Dasarnya BERSETUJU dengan Cadangan Datuk Sri Najib tetapi Tidak Bersetuju diletakkan Syarat Kelulusan bersandarkan sesuatu yang tiada kena mengena dengan BELANJAWAN 2021.
