Saya tak berapa faham kenapa kawan-kawan UMNO saya susah hati apabila Ir Khairil (KP PAS) dilantik sebagai Ketua Pemuda PN.
Eh baguslah dia jadi ketua.
Takkan nak bagi Mat Tabayyun celupar tu pula?
Sekurang-kurangnya dengan lantikan ini maka kita akan dapat melihat hubungan yang lebih mesra antara BN dan PN di peringkat Pemuda.
Yang patut susah hati adalah kawan-kawan saya dalam PAS.
Sebab secara jelas jawatan-jawatan strategik diberikan kepada satu parti tertentu sahaja.
Ini boleh mengurangkan dominasi PAS terutama dalam menentukan kerusi yang akan mereka tandingi kelak.
Walaupun PAS mempunyai ahli paling ramai dan jentera paling kukuh, tetapi kedudukan parti tersebut dalam penentuan jumlah kerusi akan dipengaruhi dengan kawalan di dalam mesyuarat tertinggi Perikatan Nasional.
Rundingan kerusi PN ketika PRN Sabah membuktikan bahawa PAS akan berada dalam keadaan disadvantage apabila wakil mereka tidak menguasai mesyuarat.
Untuk UMNO ni senang saja.
Worst case scenario dimana tiada kata sepakat dicapai antara UMNO – PPBM, maka mereka boleh memilih untuk bertanding 3 penjuru melawan Bunga.
Selagi mana UMNO mengelak pertembungan secara terus dengan PAS dalam PRU, maka sebahagian pengundi PAS yang jelik dengan sikap dominon PPBM akan memilih untuk melawan arus.
Sebab walak (ketaatan) itu adalah tugas ahli sahaja.
Bukan penyokong.
Itu tak kira lagi bagaimana Tuan Guru Presiden PAS hanya diberikan jawatan setaraf dengan Presiden dua parti Sabah dan Timbalan Presiden PPBM.
Sewajarnya TGHH yang sudah berada pada tahap ‘beyond politic’ diberikan tugas Penasihat dan biarlah jawatan Timbalan Pengerusi itu diberikan kepada Dato Tuan Ibrahim.
Takkanlah Presiden sebuah parti yang mendapat undi popular melebihi 2 juta nak disamataraf dengan Presiden parti yang cuma dapat 6000 undi popular dalam PRU14?
Itu adalah penghormatan yang sepatutnya diberikan kepada seorang negarawan – sepertimana UMNO mengiktiraf Tuan Guru dengan jawatan yang setaraf dengan Presiden mereka dalam hierarki Muafakat Nasional.
Apa jadi sekalipun, UMNO dan PAS jangan sesekali melonggarkan ikatan mereka dalam Muafakat Nasional.
Itu sahaja satu-satunya cara bagi mengelakkan negara ini terjerumus semula ke dalam malapetaka.
Cuma UMNO ni tegaslah sikit.
Kalau dah taknak bersama Bunga, isytihar sajalah awal-awal.
Senang yang dibawah ni nak hala senapang ke mana.
Tengah sedap nak menembak kemudian kena tarik handbrake ni buat rosak mood saja.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
